KONVOKESYEN UITM DI USIA 73 TAHUN

Melompat kegembiraan bilamana mama dengar yang tahun ini dia dijemput untuk diraikan dalam majlis konvokesyen UITM yang ke-85 pada 22 hingga 27 Oktober nanti.



Mama bekas pelajar Dewan Latehan RIDA, yang merupakan perintis bagi UITM pada masa ini. Sejarah penubuhan UITM bermula dari DLR (Dewan Latehan RIDA) seterusnya dinamakan MARA College, sehinggalah ditukar kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan kini menjadi Universiti Teknologi MARA (UITM).

Mama mula menuntut di DLR yang bertempat di Jalan Othman pada tahun 1961 dan tamat pada tahun 1963. Waktu mama graduate dulu, mama antara 2 orang top student bersama Auntie Zubaidah Hussein. Waktu tu tak ada majlis konvokesyen dan sebagainya. Yang ada cuma majlis penyampaian sijil. Sewaktu majlis tersebut dijalankan, wakil-wakil dari syarikat ternama akan datang bertemu para pelajar. Seterusnya diorang akan pilih siapa yang akan bekerja dengan mereka.

Sebenarnya Jemputan Khas untuk Konkokesyen UITM dah pun dibuat semenjak tahun lepas. Bagaimanapun kesihatan mama kurang mengizinkan waktu tu, membuatkan mama terpaksa menolak jemputan tersebut. Tahun lepas memang ramai kawan-kawan mama yang turut serta dalam Konvokesyen tersebut. Tahun ni pula hanya dua orang dari batch mama yang akan join. Selebihnya jauh lebih muda dari mama dan kebanyakannya dari batch 70an.

Mama akan duduk di barisan hadapan waktu majlis Konvokesyen tersebut berlangsung. Saya akan meneman mama, dan dapat duduk di barisan keempat seperti yang dimaklumkan oleh pegawai tersebut.

Berdebar-debar rasanya nak tengok mama sarung jubah Konvokesyen esok!

Bila saya announce kat facebook tentang jemputan khas ni, ramai yang beri respon dan semangat kepada mama. Mama will always be my inspiration! And she deserves this. Once in a lifetime kot. Tapi tak ada la naik pentas ambil scroll semua tu. Sebab diorang pun faham, mostly yang datang majlis tu semua dah warga emas, takkan nak torture panjat tangga bagai.

Mama akan join sidang pertama, semestinya sidang bersama Yang DiPertuan Agong Malaysia. Selepas majlis konvokesyen, mama akan dibawa untuk Santapan DiRaja bersama Yang DiPertuan Agong. Bagaimanapun, since mama dah agree nak join lunch bersama kawan-kawan DLR yang lain pada hari yang sama (diorang pun dah plan lama, sebelum mama dapat jemputan ni), maka kami akan bertolak awal dan tak turut serta dalam Santapan DiRaja.

Paling penting, mama akan dilayan serba VIP. Nak parking kereta esok pun saya tak risau dah sebab dapat pelekat kereta VIP. Mudah nak hantar dan pickup mama nanti.

Kawan-kawan, doakan kesihatan mama saya ya. Doakan dia gembira dengan sesuatu yang dia tak pernah rasa dalam hidup dia.

Yang dalam group Whatsapp Family Abdul Rahman Alang Md Yassin pun ramai yang menyakat mama. Siap bagi pesanan, jangan lupa makan VIVIX dan Ostematrix!


Rahsia mama kekal sihat di usia emas, klik DI SINI

CONVERSATION

2 comments:

Ain Athirah said...

Ain yg baca ni pun bangga dgn mama sis! Tahniah ❤

Linda said...

Tq Ain...Semoga kita semua pun berjiwa besar macam para graduan ni ya. InsyaAllah