Wanita sering diuji dengan pelbagai penyakit terutamanya yang menyerang bahagian produksi. Dilema ini sering dihadapai oleh wanita yang baru berkahwin dan ingin mendapatkan zuriat. bagaimanapun, ia juga menyerang wanita yang pernah hamil mahupun yang sedang hamil.
Kebanyakan daripada pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum mendapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.
Mereka tidak subur kerana telur tidak boleh matang dan tidak menetas/ovulation. Hormon perangsang subur FSH dan LH yang dikeluarkan oleh kilang pituitary dalam otak, tidak bermaya merangsang sel benih untuk matang, Paras hormon LH pun melonjak, biasa lebih dua kali ganda FSH. Kegagalan ovulation adalah punca utama mandul. Seringkali ubat atau suntikan subur diperlukan untuk merangsang pematangan dan penetasan telur.
#2 HAID TIDAK TERATUR
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
Apabila keluar haid, ada yang mengalami perdarahan yang amat banyak (menorrhagia) sehingga letih lesu dan mungkin pitam. Setengah pesakit memerlukan transfusi darah kerana anemia (hemoglobin sangat rendah) Setengah pula mengalami perdarahan sedikit2 tetapi berlarutan sampai sebulan.
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
Sumber: blog Dr Hamid Arshat
-----------
Pengambilan GLA complex Shaklee mampu mengawal atur kembali hormon2 yang tidak stabil..
Ada yang berjaya sehingga mengecutkan terus PCOS dan alhamdulillah berjaya untuk hamil..
------------
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Set Kesuburan dan promosi yang sedang berlangsung?
Klik DI SINI untuk membuat pembelian.
ATAU
HUBUNGI
SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms |
whatsapp 0129401604
Email
: sihatdengansaya@gmail.com
DAFTAR
KEAHLIAN : KLIK DI SINI
0 comments:
Post a Comment