Semalam lebih kurang pukul 5 petang, saya ke Town Park Pandan Indah, bertentangan Masjid Al-Azim. Dah jadi habit, kami anak-beranak akan jogging keliling padang terlebih dahulu, kemudian baru mereka akan bermain di taman kanak-kanak yang dikhaskan.
Maklumlah semenjak amalkan detox Shaklee, saya memang berharap menjalani gaya hidup lebih sihat dan membiasakan anak-anak dengan cara begitu. Lebih seronok bila angka di penimbang makin turun dan baju-baju lama kembali boleh dipakai.
Sambil saya melayan anak-anak bermain gelungsur, ada sekumpulan kanak-kanak warga asing yang bermain di situ dengan cara agak kasar. Bertolak-tolak dengan anak orang lain serta agak membahayakan orang sekeliling. Pada mulanya saya menegur perbuatan mereka yang membawa besi panjang di dalam gelungsur tersebut (kelihatan seperti besi halus pada payung yang agak tajam).
Melihatkan cara mereka yang sedemikian, saya tidak berani berjauhan dengan anak-anak di situ. Sewaktu saya sedang membantu anak saya Azalea memanjat naik tangga di situ, datang seorang kanak-kanak yang dari kumpulan tadi dan cuba menyentap telefon bimbit dari tangan saya. Cubaannya gagal dan saya menjerit ke arahnya.
Dari kumpulan tersebut, terdapat 2 orang dewasa di situ. Mereka memberi arahan menggunakan isyarat mata ke arah kanak-kanak tersebut untuk meninggalkan kawasan di situ. Saya pasti kanak-kanak ini diarahkan untuk membuat cubaan samun atau ragut oleh orang dewasa yang berkenaan.
Ibu bapa, berwaspadalah dengan barangan anda terutamanya apabila anda sedang sibuk dengan sesuatu terutamanya di kawasan yang ramai orang.
Pihak berkuasa pula, saya amat berharap lebih kerap memantau kawasan taman permainan di sekitar Pandan Indah yang mana majoritinya didominasikan oleh warga asing. Bukan sahaja ianya membahayakan penduduk sekitar, malahan terhadap kanak-kanak yang bermain di situ.
ANDA SURIRUMAH? PENUNTUT UNIVERSITI? PEKERJA PROFESIONAL?
BERMINAT MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN?
HUBUNGI
SAYA SEKARANG
LINDA ISMAIL
sms |
whatsapp 0129401604
Email
: sihatdengansaya@gmail.com
DAFTAR
KEAHLIAN : KLIK DI SINI
0 comments:
Post a Comment