Jerawat!
Bila sebutir jerawat timbul kat kawasan muka, kena pula ada tak lama lagi nak raya atau ada majlis sambutan tertentu, dah sah-sah buat kita hidup tak menentu kan?
Apatah lagi bila jerawat tu mula bernanah. Orang sekeliling pun naik geli nak duduk sebelah kita. Dengan bernanah, darah dan berair, kalau dah busuk tu lagila kritikal! Sanggup ke biarkan muka tu macam tu je?
Jerawat bernanah teruk sampai malu nak keluar rumah
Macam saya, mujur sangat dah tak lalui fasa muka berjerawat dan bernanah ni. Mengerikan! Sah-sah memang jalan tunduk ke tanah, dagu rapat ke dada, selagi boleh tak nak bagi orang pandang muka kita.
Disebabkan itu, meh nak kongsi tips atau cara hilangkan jerawat bernanah dengan cepat dan selamat tanpa pengelupasan.
8 Tips / Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Dengan Cepat dan Berkesan
#1 - Elak atau Kurangkan Makanan Yang Berminyak
Makanan yang berminyak kadangkala boleh menyebabkan masalah kulit. Lemak-lemak yang terkumpul sekaligus menyumbang kepada peredaran darah yang tidak lancar. Cuba amalkan makanan yang direbus atau dibakar tanpa penggunaan minyak yang berlebihan. Detoks sekali sekala agar nutrisi yang diambil lebih mudah diserap oleh tubuh badan anda.#2 - Elakkan Terdedah kepada Cahaya Matahari Secara Berpanjangan
Kesan terdedah terlalu lama kepada matahari mengakibatkan kulit muka lebih kering dan kusam. Apabila ini terjadi, radang pada kulit akan berlaku sekaligus menyebabkan bakteria mula mendapat tempat di kulit muka seandainya tidak dicuci dengan betul. Gunakan penghalang UV yang disahkan selamat dan berdaftar seperti Ultimate Protection Whitening Lotion yang direka khusus untuk kulit orang Asia.
#3 - Elakkan Menggosok Muka Dengan Tuala
Kulit yang berair dan bernanah akan lebih melepuh sekiranya digosok dengan tuala. Untuk mengeringkan kulit muka anda, cukup sekadar memekap muka pada tuala yang bersih. Pastikan anda basuh tuala muka anda setiap hari bagi mengelakkan bakteria membiak pada tuala yang lembab.
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Set Penjagaan Muka Untuk Kulit Berjerawat ni tak?
Klik DI SINI untuk membuat pembelian Set Penjagaan Kulit:
ATAU
#4 - Cuci Muka Dengan Pencuci Yang Betul
Mencuci muka dengan kaedah yang betul adalah sangat penting kerana ia boleh mengakibatkan kesan jangka panjang. Tidak semua pencuci muka bersesuaian dengan kulit anda. Jangan kerana inginkan kesan yang singkat, anda mengambil jalan mudah dengan memilih produk kesihatan yang murah serta tidak berdaftar. Betul, produk mengandungi merkuri boleh memulihkan serta memutihkan kulit anda dengan pantas, namun tahukah anda tentang bahaya produk ini terhadap diri anda?#5 - Jangan Picit Jerawat Anda!
Jangan! Hentikan tangan gatal anda yang kerap memicit jerawat itu. Kesan memicit jerawat dengan alasan ingin nanah tersebut keluar dengan cepat adalah suatu perkara yang mengakibatkan parut yang sangat sukar dipulihkan dengan cepat. Apabila liang kulit terbuka dengan menggunakan kuku anda, dikhuatiri kuman pada kuku akan berpindah ke kulit yang luka tadi dan mengalami jangkitan yang serius. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan#6 - Rawat Kesihatan Kulit Dari Dalam
Kulit mengandungi beberapa lapisan. Lapisan yang luar boleh dirawat dengan kaedah sapuan dan cucian muka. Bagaimanapun, bagi memastikan jerawat tidak lagi singgah di kulit muka anda, pastikan anda merawatnya dari dalaman. Kawal pemakanan anda serta ambillah nutrisi yang dapat membantu pemulihan luka pada kulit muka anda. InsyaAllah, anda akan memiliki kulit yang lebih cantik, bersih dan segar sentiasa.#7 - Gunakan Peralatan Mekap Yang Bersih
Bedak kompak mengandungi span yang terendam di dalam bekasnya. Pastikan span anda bersih, ditukar baru atau dikeringkan agar bakteria tidak boleh membiak di dalamnya.#8 - Cuci Rambut Anda Dengan Bersih
Eh apa kena mengena pulak rambut dengan kulit muka berjerawat ye? Haa, tahukah anda, bila kulit kepala anda tidak sihat, ia akan mengeluarkan lebihan minyak dan mengakibatkan muka anda turut menerima bakteria yang dibiakkan atas kulit kepala anda. Oleh itu, pastikan persekitaran yang bersih, untuk mendapat kulit yang bersih. Barulah ramai orang nak dekat tau!Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Set Penjagaan Muka Untuk Kulit Berjerawat ni tak?
Klik DI SINI untuk membuat pembelian Set Penjagaan Kulit:
ATAU
HUBUNGI
SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms |
whatsapp 0129401604
Email
: sihatdengansaya@gmail.com
DAFTAR
KEAHLIAN : KLIK DI SINI
0 comments:
Post a Comment