MANA NAK PERGI CUTI SEKOLAH NI?

Penat meredah jem di Kuala Lumpur, sekali sekala kita ambil angin di Shah Alam pula. Selain makan-makan, boleh la singgah tempat-tempat berikut:

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam


Antara perpustakaan termoden dan berkonsepkan perpustakaan dalam taman dengan suasana yang sangat nyaman. Perpustakaan ini mempunyai 6 tingkat dan mampu memuatkan sehingga empat ratus buku. Terdapat kawasan khas untuk kanak-kanakyang penuh dengan aktiviti bagi mengelakkan gangguan kepada pengunjung lain.

WAKTU OPERASI
Isnin : 1000hrs - 1900hrs
Selasa - Jumaat : 0930hrs - 1900hrs
Sabtu & Ahad : 0930hrs - 2100hrs (Zon Kreatif dan Kanak-Kanak ditutup pada jam 7 malam)
*Ditutup pada Cuti Am atau Cuti Khas

Maklumat lanjut : Klik DI SINI

Uptown Shah Alam, Kompleks Muhibbah


Jalan-jalan malam di Seksyen 24 sambil mencuci mata dengan pelbagai kedai yang menjual barangan keperluan seperti pakaian, kasut, aksesori, barang magik, beg dan lain-lain. Terdapat juga kedai makan yang terletak di bahagian belakang. Sekali sekala boleh hiburkan diri di pentas karaoke dengan lagu pilihan anda.

Dibuka setiap hari dari jam 2000hrs - 0200hrs
Pautan FACEBOOK : Klik DI SINI 

Kompleks Taman Seni Islam, Yayasan Restu


Kompleks berunsurkan kesenian dan tamadun Islam ini menempatkan beberapa galeri yang menceritakan bagaimana Islam berkembang di negara ini. Seni penulisan khat serta bengkel penulisan Al Quran turut diajar di sini.

WAKTU OPERASI
Selasa - Ahad : 0930hrs - 1730hrs (ditutup pada hari Isnin)
Maklumat Lanjut : Klik DI SINI

Wet World Water Park Shah Alam


Taman tema air yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam sesuai untuk para pengunjung yang mahukan keseronokan bermain gelungsur air dengan keluarga.

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat : 1300hrs - 19hrs (tutup pada hari Rabu)
Sabtu & Ahad : 1000hrs - 1900hrs

ALAMAT
Wet World Water Park
No 3A Persiaran Dato' Menteri
Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-55132020


HARGA TIKET : Klik DI SINI

Laman Seni 7, Shah Alam

credit pic : globetrotcat.wordpress.com

Merupakan sebuah Muzium 3D namun koleksi lukisan mural ini tidaklah sebanyak tempat berbayar yang lain.
Masuk PERCUMA

iCity Digital World



Di sini akan bermulanya era baru kehidupan di mana pembinaan Rumah Pintar sedang dijalankan dan dijangka dilancarkan pada April 2017. Pada waktu malam anda boleh melawat Digital City yang penuh dengan lampu berwarna warni digubah menjadi pelbagai bentuk flaura dan fauna. Pada waktu siang, anda juga boleh bermain di taman tema air di situ.
Maklumat lanjut : Klik DI SINI

Kilang Roti Gardenia


Keharuman bau roti yang baru dimasak menusuk ke hidung membuatkan anda tak sabar untuk singgah dan saksikan sendiri bagaimana roti ini dibuat. Jangan lupa buat tempahan lawatan anda sekarang!

Hubungi : GARDENIA TOUR

Taman Botani Negara


Taman ini dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah atau Taman Pertanian Cherakah. Menjadi tumpuan bagi kem bina semangat dan bermain paintball. Dahulunya tempat ini sangat popular dengan Rumah 4 Musim terutamanya buat pengunjung yang ingin merasai sendiri suasana musim sejuk. Bagaimanapun kawasan ini ditutup semenjak 1 April 2015 bagi tujuan penaiktarafan.
Maklumat Lanjut : Klik DI SINI

CONVERSATION

3 comments:

ayu said...

tahniah utk mak kak linda

tarmizi said...

Nak ajak wife pergi i city la. Sebelum ni pernah pergi sebelum ada anak.

Linda said...

Haa tarmizi, jemput melawat icity terbaru. Cuma hati-hati dengan pelbagai hidden cost ya :)