KRONOLOGI KES PENYALAHGUNAAN KAD DEBIT OLEH ORANG LAIN

Disclaimer: Kisah dibawah dipetik dari facebook Nur Adibah, isteri kepada mangsa dalam cerita di bawah.

BERIKUT ADALAH KRONOLOGI KES KECURIAN DOMPET & PENGGUNAAN KAD DEBIT SUAMI : 

29 Sept 2016 | 1800H

Suami dapat pesanan ringkas dari CIMB jam 1624H mengatakan ada membuat transaksi di kedai emas Ismail Gold & Jewels, dan ketika itu baru suami perasan dompet tidak ada bersama beliau.Kejadian berlaku di dalam perkarangan Hospital Kajang. Suami terus hubungi bank untuk blok semua transaksi kad debit beliau(CIMB, BIMB , MAYBANK , BSN ). Pihak bank mengatakan jumlah yg digunakan bagi setiap kad adalah RM 2727+ RM 1000.( maka darab empat kad bank jumlahnya boleh kira sendiri)---- jangan melatah lagi, baca hingga di bawah ya?

29 Sept 2016 | 2027H

Alhamdulillah saya dapat hubungi pemilik kedai emas dan beliau berikan beberapa footage gambar menunjukkan seorng wanita sedang memilih emas dan menggunakan kad bank untuk pembelian. Waktu dan masa adalah tally dengan notifikasi transaksi pembelian yg suami terima. Pada masa yg sama saya juga ada update status dan ada juga kami dapat beberapa info mengenai suspek melalui FB.

Laporan kehilangan kad bank telah dibuat suami di IPD Kajang dan suami diarahkan untuk datang semula  dengan bukti transaksi dari bank dan juga kedai emas.

30 Sept 2016 | 1030H

Jam 10.30 pagi saya dan suami bersama anak ke kedai emas tersebut untuk melihat rakaman penuh cctv yg berdurasi setengah jam. Melalui rakaman cctv saya dapati suspek dan seorng lelaki dipercayai suami bersama dua anak perempuan datang ke premis tersebut.Masa ni memang nampak la suspek kelam kabut buat pembelian dan suami beliau pun keluar-masuk kedai emas tu je! Berdasarkan staff kedai emas yang deal dengan suspek, suspek claimed yang semua kad adalah milik suaminya.Hmmmm..😳😳😳.Memang terang dan jelas suspek keluarkan satu demi satu kad bank dari  handbag beliau untuk pembelian tersebut, siap dapat free gift payung tuuu hehe .Habis urusan di kedai emas kami ke bank pula untuk ambil statement dan isi dispute form.

Baca komen netizen yang menyebelahi pihak pencuri dan lebih menyalahkan Nur Adibah dan suami yang mendapat kecaman pembaca DI SINI.


MAYBANK -  TRANSAKSI TAK BERJAYA -- alhamdulillah

BIMB - Ada transaksi tapi pegawai bank kata amount pembelian masih floating, ada peluang lah nak dapat balik KOT! Jenggggg

CIMB - Ada transaksi tapi pegawai bank kata amount pembelian masih floating,dan tak janjikan apa2 pemulangan pun jika transaksi berjaya.

TAPIIIIIII pegawai bank akak manis bagi tahu suami camni

 "kenapa lah awak tak blok, memang la org dapat guna, kita tak boleh nak janjikan pulangan semula duit ni sebab awak blok lepas org ketiga dah guna"-----nak je suami jawab kat dia;

 " kalau saya tahu awal-awal dompet tu tercicir mestilah saya blok"
Tapi kitorang malas nak balah sebab dah petang badan pun dah penat masa ni huhu~

BSN - Ada transaksi dan sah!!! Tapi pegawai bank sangat tak membantu -----

" Awak isi je lah dispute form tu, duit tu memang tak dapat lah " 😥😥😥

Alhamdulillah amount yg dia berjaya buat transaksi tak sampai jumlah darab kt atas tu..Rujuk la resit utk tambah tolak ye? Dan tak payah lah nak tanya kitorang berpuluh kali kenapa mula mula amount setiap kad adalah 4k tapi bila dapat bank statement tak sampai jumlah itu.Dah ko swipe kad laki aku banyak kali memang la dia notify macam tu 😬😬😬😬

30 Sept 2016 | 1700H

Selesai urusan di bank kami ke IPD Kajang pula, tunggu turn lama lah jugak tapi tak kisah la dan disebabkan bawa Sophea yg waktu tu dah mula merengek keletihan, adalah juga diorng bagi keutamaan sedikit.

Semua dokumen kami serahkan Habis urusan laporan polis, adik konstabel pun hubungi I/O berkenaan melalui telefon je. Maka bermulalah episod yang mengecewakan kami. Kemudian telefon di pass pada suami dan  I/O jelaskan pada suami

" bukti awak tak cukup, nanti dah cukup awak datang balik dan kita buka kes " 
"Apa yg tak cukup?, so berapa lama lagi tuan nk investigate?"

"IC , berapa lama tu saya tak boleh jamin, sampai awak jumpa bukti lah , hari Rabu ni lah kita jumpa semula "

Semudah itu je awak ambil keterangan?Ikutkan hati suami taknak pergi Rabu ni sebab nak temankan saya untuk temuduga.

Terus suami letak telefon tu.Seriously sangat upset dengan jawapan di beri.Tak berbaloi pun kami pergi sana sini untuk dapatkan details transaksi dan suspek! Lepastu tu terhegeh hegeh pula call suami berulang2 kali hanya nal tanya jumlah kerugian.Mungkin Tuan I/O tersebut tak reti baca laporan yg kami dah sertakan amount keeugian atau..entah lah saya pun tak tahu nak cakap apaaaaaa

.

Jam 2300 kami sampai di rumah, banyak message dari orang tak dikenali saya dapat untuk hulurkan bantuan pada kami.Dan yang paling kami terperanjat saya dapat pesanan ringkas dari saudara terdekat suspek! FUHHHHHH, ingat senang senang je saya nak tarik laporan dan jumpa awak depan2 tanpa polis?walaupun saya tahu awak tu pun Polis tapi takkan saya nak ambil risiko untuk jumpa awak macam tu je. Be professional. Ingat suami saya dapat duit tu dari langit ke? Bukan sedikit masa suami saya korbankan untuk famili , jumlah yg suspek tu gunakan nak dekat sama dengan gaji sebulan  tau tak.eh eh teremo pulak 😂


Sila tengok gambar semua ye..sekali dengan drama tu.hehe

.

Oleh itu Kami perlukan bantuan netizen untuk viralkan kes ini agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan serius ke atas pasangan tersebut. 

TOLONG SHARE

CONVERSATION

0 comments: