TUTORIAL BALUT BUKU MENGGUNAKAN PEMBALUT BERPELEKAT (BERSTIKER)

Nak review jenis pembalut buku asalnya, tapi alang-alang kita balut buku ni, kita buat tutorial sekalilah ya!

Saya gunakan jenis kepingan 50cm x 30cm, dijual di Giant pada harga RM8.95 (10 keping).

Lihat gambar dalam langkah-langkah di bawah, boleh minta anak anda bantu kalau dia berminat, harap-harapnya tak senget benget la ya 😅

LANGKAH 1
=========================
Bahan-bahan yang diperlukan:
Pembalut buku berpelekat
Buku
Gunting
Pen


LANGKAH 2 
=========================
Ukur buku di bahagian dalam pembalut
Gariskan mengikut grid, jangan lupa bahagian tulang buku tu ya!

LANGKAH 3
=========================
Gunting bahagian tulang buku, dan setiap penjuru buku supaya lebih kemas apabila melipat nanti.

LANGKAH 4
=========================
Buka pelekat pada bahagian belakang, letakkan buku secara perlahan-lahan dari tengah ke luar. Tolak angin-angin yang ada supaya tak terperangkap antara kulit buku dan pembalutnya. Lakukan untuk kulit buku yang sebelah lagi.

LANGKAH 5
=========================
Kemaskan lipatan di kesemua penjuru buku.

Siap!!!

Haa siap pun!
Inilah contoh lepas balut buku ni ya.
Buku teks belum dapat lagi, jadi saya gunakan buku 10 Amalan Bijak Wang yang ditulis oleh #bainunians iaitu Dr Mohamad Fazli Sabri dan bff saya Pn Nurhayatul Nira Ramli


Selamat membalut buku ya!
#firstborngoingtoschool

CONVERSATION

0 comments: