CINA SUSAH 7 TAHUN SAHAJA?

"Rezeki" semalam.
Tengah nak keluar setelkan urusan mama, boleh pulak terlanggar spanar depan kedai besi buruk ni.


Nak tampal pun tak boleh dah sebab koyaknya ngalahkan orang ceasarian! Call encik suami, dia kata tukar tayar spare je dulu. Dia balik nanti baru dia belikan tayar baru. Haha, nampak bebenor wife dia tau jual barang Shaklee aje eh sampai nak beli tayar pun tak reti.

Sambil tunggu adik kedai tayar tu buat keje dia, sembangla dengan uncle yang berbangsa cina ni. 

Uncle tu tanya, taknak tukar terus ke tayar baru untuk dua-dua belah? Dengan jujurnya dok la bagitau uncle tu, kereta ni pun baru je seminggu keluar bengkel dek gearbox issue. Dia tanya lagi, berapa ribu kos repair kereta? Sembang punya sembang, terkeluar gak keluh kesah belanja bulan ni, mana taknya, kereta rosak, perbelanjaan anak-anak nak masuk sekolah, nangis oiiii! Mujurlah maknya rajin jugak berniaga walaupun orang pandang macam dok rumah goyang kaki aje.


Tiba-tiba uncle tu keluar ayat panas! Serius panas weh! Nak membara jugak time tu, tapi sabarkan jugak hati ni.

Uncle tu kata, orang Melayu tak susah ini tahun (dah terbayangkan bisik-bisik politik kah ini?). Cina lagi susah oooo. 

Dah kenapa pulak?

Sekali dia gelak-gelak. Katanya, orang Cina nak masuk sekolah, tahun baru lagi, tahun baru cina lagi! Lagi banyak guna duit! Ahaha. Ada betulnya jugak. Bayangkan kita sebagai orang Melayu kat tempat dia, nak sekolahkan anak, nak raya, eh macam-macam lagi la kan.

Setel dah tukar tayar. Uncle tu sambung lagi.
Katanya, jangan risau. Cina susah 7 tahun saja. 

Bertambah pelik lagi, kenapa pulak 7 tahun aje?

Korang rasa nak tahu tak jawapannya?

CONVERSATION

0 comments: