APAKAH JENAMA BEG SEKOLAH YANG BAGUS?

Susulan dari rebiu saya tentang kriteria pemilihan beg sekolah untuk anak-anak kita, seperti dijanjikan saya akan senaraikan jenama beg sekolah yang bagus dan sesuai untuk penjagaan tulang belakang kanak-kanak.

Baca DI SINI : Kriteria Pemilihan Beg Sekolah 
Baca DI SINI : Jenama Baju Sekolah Yang Mana Yang Best

SENARAI JENAMA BEG SEKOLAH


IMPACT

Link website : http://www.ergoland.com.my/bag-impact.html
Harga bermula dari RM199.90 sehingga RM449.90
Beg sekolah keluaran Impact ni terbahagi kepada 2 ketinggian, iaitu di bawah 145 cm dan lebih 145 cm. Ini memudahkan bentuk beg sesuai dengan tubuh badan yang nak pikul beg tu nanti.
Sekiranya anda dah pun beli beg sekolah jenama ini dan ingin membeli yang baru, anda boleh trade in dan dapat diskaun sebanyak 20% atas pembelian seterusnya.

SWAN

Link website : http://www.swanbag.com
Harga bermula dari RM59.90 sehingga RM398
Saya sendiri beli Model Airlite, ruangan lebih besar, ringan dan menyokong sistem tulang belakang. Kelebihan beg SWAN ialah dari segi rekaan dan coraknya. Beg keluaran lain lebih kepada warna dan corak biasa manakala beg SWAN lebih menawarkan rekaan kartun dan animasi yang membuatkan kanak-kanak lebih teruja memakainya.

Ni antara sahabat-sahabat yang happy dapat beli beg SWAN.

Haa ni pulak sembang-sembang kawan-kawan dalam group luarbiasa kami

Tambahan komen dari kawan-kawan yang suka sangat pakai beg SWAN ni


HERLITZ

Link website : http://www.herlitz.de/webkatalog/herlitz/en/group/110/schoolbags-backpacks-supplementary-assortment ATAU layari penjual sah di Malaysia http://www.imybags.com/brand/kids/herlitz.html
Harga bermula dari RM81 sehingga RM410
Beg keluaran Denmark ni agak popular di luar Malaysia. Bagaimanapun, kekurangan beg ini adalah dari segi penjual yang terhad dan alat ganti yang sukar diperoleh. Sekiranya anda berminat mendapatkan beg ini, lebih mudah jika anda membelinya di Superbuy atau laman-laman beli belah alam maya yang lain.

ABABEE

Link website : http://portenmax.com.my/index.php?option=com_virtuemart&page=shop.browse&category_id=44&Itemid=6
Harga bermula dari RM160 sehingga RM230. Keluaran Taiwan dan tidak banyak pilihan rekaan dan corak.

BAKPROTEK

Link website : http://bakprotek.com/bakprotek-back-support-school-bag/
Harga RM179 sebuah, datang dalam 2 warna. Kurang pilihan rekaan dan corak namun harganya berpatutan dan mampu milik. Dari segi rekaannya, lebih sesuai untuk remaja berbanding kanak-kanak. Tanpa beg troli, hanya beg sandang bersistem sokongan belakang sahaja.

ASTROKIDS

Link website : http://www.jbaostore.my/categories/Kids-&-Baby/146
Harga bermula dari RM50 sehingga RM369. Jenama ini tidal menawarkan produk ergonomik, tetapi lebih kepada beg troli yang mempunyai rekaan dan corak menarik untuk kanak-kanak.

UNME

Link website : http://unme.com.my/unme-ranges
Harga kurang pasti sebab saya sendiri tak tahu mana nak dapat produk ni. Kalau di Singapore, harganya sekitar $42. Beg ini diimport terus dari Taiwan. Mempunyai rangkaian beg seperti troli dan beg sandang namun rekaan dan corak amat terhad jika dilihat dalam website UNME Malaysia.

PELICAN

Link website : http://www.pelican.com.my/products/category/bag
Harga bermula serendah RM15 mengikut jenisnya. Jenama ini lebih menampilkan rekaan dan watak kartun kegemaran kanak-kanak berbanding sistem penjagaan tulang belakang.

DR KONG

Kedai Dr Kong di Tropicana City Mall
Link website : http://www.drkong-malaysia.com/?product_cat=bag
Harga bermula RM199 sehingga RM269
Saya mula kenal produk Dr Kong di One Utama lebih kurang 12 tahun yang lepas. Waktu tu tanpa sengaja termasuk untuk analisis tapak kaki. Mula-mula Dr Kong jual kasut, dan boleh customize kaki kita dengan kasut yang ditempah. Dan juga boleh tempah alas tapak kaki sahaja untuk dimuatkan dalam kasut lain. Sekarang Dr Kong tampil dengan produk ergonomik kasut sekolah serta beg sekolah. Bagaimanapun ianya tanpa beg troli, hanya menawarkan beg sandang bersistem sokongan belakang sahaja buat masa ini.

CONVERSATION

0 comments: