Semalam menyaksikan kali kedua berkunjung ke MAHA 2016 dengan 3 orang askar berusia 6, 4 dan baru menginjak 3 tahun. Merasa la bergambar dengan beberapa artis otai tempatan.
Kalau ikutkan hati memang malas sangat-sangat. Yang kali kedua tu plannya nak ambil pokok je. Sampai je kat parkir, tiba-tiba ada satu kereta betul-betul bahagian depan nak ke Laman Tiba 1 tu keluar dari petaknya.
Saya pun apa lagi, terus masuk parkir lagipun masih belum ramai orang waktu tu. So, untuk kesekian kalinya, anak-anak memang teruja nak singgah ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin.
Ramai jugak yang tanya, boleh ke saya uruskan tiga orang anak bersendirian? InsyaAllah, selagi Allah beri saya kekuatan, saya masih mampu lagi nak uruskan mereka bertiga.
So apa tipsnya?
Entri ni mungkin agak panjang, tapi saya harap berbaloi untuk anda semua jadikan rujukan ya.
#1 TENTUKAN OBJEKTIF LAWATAN ANDA - MAHA bukan kecik oiii! Kalah shopping complex kalau nak tawaf seluruh kawasan.
• Mak ayah nak tengok bunga, nak beli pokok, nak tengok teknologi perladangan dan pertanian terkini
--> Anda boleh terus ke Hall A untuk melihat teknologi terkini, teruskan lawatan ke ladang ternakan di Zon 4, maka anak-anak boleh hilang bosan sambil masuk mini petting zoo yang disediakan. Lembu, kambing, ayam dan segalanya yang sado ada dipamerkan di sini. Horse riding bermula dari RM3 seorang. Lain-lain aktiviti, boleh melawat ladang sekitarnya.
• Kenalkan anak-anak kepada bidang pertanian di samping nak beri mereka berhibur.
--> Hadkan perjalanan mereka di sekitar ladang ternakan, bahagian perikanan terutamanya di Shark Kingdom, Kampung Durian Runtuh dan Kampung Mok Cun. Kalau lebih-lebih, tenaga mereka ibarat lampu Ultraman yang sedang berkelap kelip sampaikan anda akan hilang mood nak berjalan-jalan.
#2 PASTIKAN PEMAKAIAN YANG SESUAI
Supaya menjaga keselesaan semua serta tidak membebankan anda, elakkan bawa payung sebaliknya pakaikan anak anda topi, bawa baju hujan seperti poncho, pakai kasut sukan, tak perlu bawa handbag, cukup sekadar beg galas untuk isi keperluan anda. Dalam beg galas saya ada
- telekung
- botol air masak
- sedikit biskut
- beg duit
- power bank dan wayar pengecas
- baju hujan
- beg lipat extra sekiranya perlu.
Jangan lupa bawa tisu dan botol air untuk digunakan di tandas kerana sesetengah tandas bergerak tak mempunyai air.
#3 KEPERLUAN LAIN
- Muat turun aplikasi MAHA 2016 di Apps Store atau Play Store untuk mengetahui maklumat terkini yang berada di sekitar MAHA 2016.
- Peta MAHA supaya anda mudah merancang perjalanan anda, boleh didapati di pintu masuk.
- TROLLEY sekiranya anda nak beli pokok-pokok atau barangan lain, ada masanya anda perlu berjalan kaki apabila Tram/Shuttle/Traktor penuh, daripada anda buang masa menunggu hampir sejam adalah lebih baik jika anda berjalan kaki sahaja.
- Sekiranya ada anak kecil, pastikan mereka buang air di tandas sebelum anda memulakan perjalanan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ini memudahkan anda menikmati susana di MAHA berbanding terkejar-kejar mencari tandas awam.
- Pastikan laluan anda! Rujuk pera lokasi dan pastikan laluan Tram anda adalah betul. Ini mengelakkan pembaziran masa beratur di khemah
- Surau banyak disediakan di sekeliling tempat menunggu tram/shuttle.
- Elakkan beli makanan di luar kawasan MAHA, kebersihannya belum tentu terjamin. Saya sendiri dah terkena.
Nak tahu lebih lanjut lagi?
Nak tahu apa yang best di #kampungdurianruntuh #upinipinmaha2016 #kampungmokcun dan banyak lagi?
Nantikan update dari masa ke semasa di blog http://sihatdengansaya.blogspot.my
Linda
Pengunjung tegar MAHA 2016
0 comments:
Post a Comment