BAJU SEKOLAH BLACK CAT vs CANGGIH

👍🏻Kualiti👍🏻
Kedua-dua brand ni hampir sama, boleh dikatakan keduanya tahan lasak, tak mudah koyak, tak mudah kepam (bergantung kepada kelasakan anak anda, serta tahap kerajinan mak-mak membasuh. Saya malas nak menggosok, so untuk baju-baju putih selalunya saya akan spray BasicH pada tempat yang kotor, biarkan sekejap, dan lepas tu biar je mesin basuh buat kerja. Setakat ni baju TaeKwonDo anak-anak memang cantik dan putih berseri)


💸Harga💸
Black Cat jauh lebih murah dari Canggih

Harga baju sekolah kedua jenama ini bergantung kepada saiz baju anak anda. Sekiranya anak anda comel lote, murahla sikit perbelanjaan masuk sekolah. Si Muhammad ni nampak je nak masuk darjah 1, tapi saiznya mengalahkan budak Darjah 4!

Kemeja sekolah jenama Black Cat bermula dari serendah RM12 sehingga RM20 untuk kain cotton, manakala jenis yang licin tu harganya dari RM20 sehingga RM30.

Canggih pula, dari serendah RM24.90 sehinggalah RM33.90 untuk kain cotton. 

Manakala untuk seluar sekolah, saya lebih prefer jenama Black Cat walaupun harganya sekitar RM20 sahaja kalau nak dibandingkan dengan seluar Canggih pada harga bermula RM30.

Bagi saya, seluar Black Cat sama tebal tetapi kainnya lebih berkualiti berbanding Canggih.

Ada orang tanya, mana nak beli jenama Black Cat ni?

Antara tempat yang boleh anda beli ialah; 

• Kedai Pasarayaku
• Kedai berhadapan UTC Ipoh, sederet klinik gigi (TQ to Fiona Mustapha dan Aznor Hanah atas info)
• Kedai Uniform di Taman Perpaduan (saya beli di sini qaktu balik cuti raya puasa hari tu)

Kedai di Taman Perpaduan tu bagi saya lebih lengkap, semua jenis uniform ada dijual di situ. Warna sekolah warna purple, pink, baju pengakap, baju puteri Islam, Kadet Bomba, KRS, Kadet Polis, Tadika Kemas, Tadika Pasti, semua pun ada.


Tak tahu alamatnya, saya cuma boleh bagi direction je ke sana. Landmark, Mi Rebus Ramli dan Nasi Vanggey Taman Perpaduan.

Harap membantu ibubapa yang sedang buat persediaan ke sekolah ya!

#backtoschool
#teamanaksulungmasuksekolah

CONVERSATION

2 comments:

Unknown said...

basic h tu apa sis

Anonymous said...

Saya google.. jumpa sabun Shaklee. Boleh beli kat shoppee.