Perkara ni dah lama berlegar dalam kotak fikiran saya. Bukan saja-saja nak teringat, tapi memang semua orang kena beringat. Kebetulan sambil saya berblogwalking tu, terjumpa artikel ni.
Saya rasa sangat bermanfaat buat semua, maka saya sharekan semula di sini. Mudah-mudahan penulis asal mendapat rezeki dan pahala berpanjangan, InsyaAllah. Artikel ini telah saya tambah serba sedikit berdasarkan keadaan semasa.
Baiklah, pertama sekali, apa perlu buat bila ada kematian di rumah?
■ Jangan cemas. Maklumkan kepada kariah masjid melalui pesanan ringkas atau group Whatsapp masjid.
■ Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi..InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■ Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■ Begitu juga dengan tangan, sapu sedikit minyak di kedua-dua siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■ Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■ Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling selepas cuba menutupnya
■ Tangan diikat dengan perca kain.
■ Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■ Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■ Selimutkan jenazah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah. Seeloknya guna kain yang tidak berat supaya jenazah tidak mereput dan membusuk awal
■ Berehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi. Anda akan melalui hari yang panjang keesokannya.
■ Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital. Hubungi 122 dari telefon bimbit anda dan maklumkan situasi anda.
■ Apabila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□ Pihak polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
Antara yang perlu anda buat semasa hidup, menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid. Menjadi sebahagian dari ahli kariah melayakkan anda mendapat khairat kematian.
Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 (jumlah ini mungkin berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal iaitu urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan (wang boleh diserah kemudian, boleh mohon pihak masjid dahulukan).
Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. Waris si mati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.
Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Wallahu’alam.
Sumber: Hisyamuddin Lg
Via : Berita Harian Online
0 comments:
Post a Comment