Antara kelengkapan lain buat anak-anak yang nak masuk sekolah.
Khas ditujukan buat yang nama panjang sampai mak rasa nak tercabut jari jemari menulis nama.
COP NAMA
Nak buat pre-inking stamp panjang sangat, jadi kita buat yang basic aje la ye. Hari ni kita main cop-cop nama je la ya. Moral of the story, korang jangan bagi nama anak panjang-panjang la ya 😅
Boleh kena Carpal Tunnel Syndrome dibuatnya kalau nak tulis nama atas buku sekolah diorang ni tau! Mujur mak makan OmegaGuard dengan Vivix, taklah severe sangat sakitnya tu.
Eh lupa, kat belakang tu nak cerita gak pasal jenis-jenis pembalut buku sebenarnya. Ingat tak hari tu saya ada review pasal TUTORIAL BALUT BUKU MENGGUNAKAN PEMBALUT BERPELEKAT?
(Kalau terlupa, boleh klik di sini http://bit.ly/2hyjo97)
Kali ni saya tunjukkan perbezaan pembalut buku CLEAR vs EMBOSS.
CLEAR WRAPPING PLASTIC
Cuba perhatikan pembalut buku di sebelah kiri. Yang ini jenis clear, licin, see through.
EMBOSS WRAPPING PLASTIC
Sebelah kanan jenis emboss, tak terlalu licin, seakan-akan kelabu asap la kan. Tebal sikit berbanding clear.
Yang mana satu pilihan hati sebenarnya?
Saya sendiri sukakan yang clear, sebab nampak kemas. Cuma jenis clear ni dah banyak sangat ketebalannya. Ke patut saya katakan "kenipisannya"?. Sebab saya pernah jumpa plastic clear ni yang boleh koyak-koyak macam kertas tu je tau. Lebih kemas kalau dapat jenis clear yang tebal, tapi jangan la setebal alas meja tu pulak!
Emboss ni, kalau diletakkan dalam beg, susah nak melekat antara satu buku dengan yang lain. Kalau clear, melekat-lekat dibuatnya. Kalau susun kat rak buku, saya suka tengok yang guna emboss ni, nampak macam eksklusif bila tersusun macam tu.
Maka pilihan di tangan anda, pilih je mana-mana jenis yang anda suka, yang penting buku anak berbalut. Tambah-tambah kalau buku pinjaman, jaga baik-baik dan ajar anak sayang buku-buku mereka.
PEMBALUT SARUNG
TOO SMALL!
Kalau nak beli untuk buku rampaian, tak ada masalah lagi sebab kebanyakan buku rampaian mempunyai saiz yang sama dan muat dengan hampir kesemua pembalut sarung tu.
Apabila nak balut buku teks, yang tak sama saiz, tak sama ketinggian, agak menyukarkan sebab saiz pembalut sarung ni tak boleh nak dipotong (boleh potong sebenarnya, but does not fit the purpose).
Saya cadangkan kalau buku yang besar-besar ni, boleh gunakan pembalut berpelekat, atau pembalut biasa (emboss atau clear). InsyaAllah lebih memudahkan kerja anda. Contohnya macam buku di bawah ni, nampak kemas je kan?
Ok mommies!
Selamat menempuh alam persekolahan.
Selamat membalut buku dan menulis nama ya!
Kalau sakit pinggang waktu membalut buku-buku tu, bolehlah amalkan OsteMatrix Shaklee setiap hari. InsyaAllah lega je nanti tau!
0 comments:
Post a Comment