BEG SEKOLAH JENAMA APA YANG TERBAIK DAN PALING BAGUS?

Atas permintaan rakan-rakan selepas membaca rebiu saya tentang baju sekolah jenama apa yang terbaik, maka akhirnya saya ringankan juga tangan menulis tentang pemilihan beg sekolah pula.
(Klik di sini untuk rebiu baju sekolah)

Pilih beg sekolah ni pun merupakan antara kriteria penting untuk anak-anak. Ye lah, kita nak yang terbaik untuk anak-anak dengan sistem pembelajaran yang memerlukan penggunaan buku yang agak banyak, kesian juga tengok nak pikul beg berat tambah-tambah yang baru nak masuk darjah 1 kan.

Lagipun, kalau pikul beg berat sangat dan tak sesuai dengan ketinggian dan bentuk badan, boleh mengakibatkan pembentukan tulang belakang yang tidak bagus pada masa akan datang. Silap-silap anak kita habis SPM nanti semuanya dah bongkok-bongkok.

APA YANG SAYA FIKIR UNTUK BELI BEG SEKOLAH?

Sebelum memilih beg sekolah untuk anak anda, lihat persoalan yang mungkin timbul.
  • "Bolehkah beg saya bawa semua barang yang saya mahukan?"
  • "Beg ini terlalu mahal!"
  • "Orang kata beg ni tahan lama"
  • "Semua orang pakai beg jenama ni ke sekolah."
  • "Beg ni tak menarik langsung!"
  • "Alamak! Beg ni tak kalis air."
  • "Anak saya tak suka pilihan rekabentuknya".
Saya cuba merungkaikan permasalahan anda dengan beberapa isu yang saya akan kupaskan di bawah. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu ibubapa di luar sana membuat pemilihan yang betul.

5 KRITERIA PEMILIHAN BEG SEKOLAH

OK, jom tengok apa kriteria pemilihan yang patut kita pertimbangkan sewaktu membeli beg pilihan masing-masing.

Mempunyai sokongan tulang belakang (ergonomic)

Tolonglah abaikan muka Azalea yang mama sendiri tak tahu nak suruh pose macam mana tu ya
Bagi mengelakkan kerosakan pada tulang belakang, pilihlah beg yang mempunyai sistem sokongan tulang belakang (back support) atau bahasa mudahnya ergonomic. Pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga ke universiti, bila kita galas beg yang tidak sepadan dengan bentuk badan, terlalu nipis, terlalu melayut, akibatnya belakang kita akan sakit dan kesannya masih dirasai sehingga kini.

Tidak terlalu berat


Buku-buku yang perlu dibawa sudah sedia maklum beratnya berkilo-kilo. Kalau kita tambahkan dengan beg yang sah-sah berat, ini akan menambahkan keberatan pada beg yang nak dipikul itu. Lebih baik kita hantar anak pergi gym je kalau nak pikul beg berat-berat macam tu kan? 

Tahan lasak

Ada tak mak ayah sanggup belikan leather school bag untuk anak masing-masing?
Faham-faham je la, kalau anak baru masuk sekolah, kadangkala beg tu dilempar-lempar je. Mak bapak yang keluar duit beratus ni meleleh air mata je melihatnya kan? Maka, carilah beg yang tahan lasak, tahan dilempar, bonus kalau dapat yang kalis air sekali. Elakkan jenis yang ada velcro (ala, yang zap zap tu), sebab mudah rosak kalau dibuka tutup dengan ganas. Kalau dapat yang zip, cari zip yang berkualiti, bukan yang mudah dipatah dengan jari. Tapi kalau anda tak kisah keluar duit beratus tiap-tiap 3 bulan, pilihla mana-mana pun ya.

Komponen beg

Beg pelbagai komponen
Beg berkomponen memudahkan anak mengasingkan keperluan mengikut jadual waktu kelas. Antara barang yang perlu disimpan dalam beg ialah seperti berikut;
  • Buku teks
  • Buku rampaian
  • Buku latihan
  • Fail
  • Alatulis (bekas pensel, pensel warna, warna air, berus, pallet dsb)
  • Bekas Air
  • Lain-lain keperluan (Apron, Abakus, Kalkulator)

Jadual waktu serta lokasi kelas

Boleh print jadual waktu sekolah ni kalau rasa nak guna untuk anak anda ya
Saya sendiri sebelum membeli beg sekolah, akan pastikan kedudukan kelas serta jadual waktu persekolahan supaya dapat menilai beg jenis macam mana harus saya gunakan. Oleh kerana sekolah Muhammad menyediakan lokar penyimpanan buku untuk setiap pelajar, maka beg yang diperlukan adalah jenis kecil atau sederhana sahaja. Jadual waktu sekolah pula hanya maksima 3 subjek sehari. Buku yang mungkin dibawa balik hanyalah buku rampaian atau buku latihan sekiranya ada kerja rumah. Manakala kedudukan kelas pula di tingkat 1, InsyaAllah tidak menjadi keperluan untuk mencari beg yang lebih besar. (Walaupun hakikatnya maknya dah beli beg yang besar, ringan dan tahan lasak sebelum artikel ini ditulis haha!)
Tadaa! Inilah beg Muhammad tahun depan


BEG TROLI ATAU BEG GALAS BIASA?

Ini pun salah satu dilema mak-mak memilih beg. Perlu atau tidak beg troli ni atau cukup sekadar beg galas biasa?

Pendapat saya pula, bergantung kepada semua kriteria yang telah saya kupaskan di atas. Pada masa kini, dah banyak beg sekolah bertroli yang boleh dibuka (detachable). Troli pun ada banyak jenis. Jom kita tengok satu persatu!

Troli 2 roda

Troli 2 roda detachable

Troli 2 roda built-in
Kebanyakan troli jenis 2 roda ni agak kurang lasak namun bergantung kepada jenis dan kualiti pengilangnya juga. Ianya juga kurang stabil bila ditarik. Troli jenis ini tidak sesuai untuk ditarik menaiki dan menuruni tangga, kalau buat juga alamatnya bersedialah untuk beli yang lain pula ya! Dari segi harga, beg jenis ini dalam lingkungan harga RM100 ke bawah. Namun ada juga yang lebih dari harga tersebut, bergantung kepada jenama dan coraknya.

Troli 3 roda

Ini beg sekolah Muhammad 2 tahun lepas waktu di kindie. Pakai sekali dua je kot. Dia nak pakai lagi sepanjang persekolahan tahun depan, mama syukur je la. Tak payah nak beli lagi. Jenis ni bukan detachable. Agak berat memandangkan material beg pun agak berat. Mama bagi pakai beg ni waktu kelas transisi selama 3 minggu tu ajelah ya. Sebab tak bawa buku teks pun waktu tu. Sekali lagi, abaikan budak-budak comot dalam gambar di atas ya.

Troli 4 roda

Troli 4 roda
Troli 4 roda ni ada yang jenis detachable dan ada yang tidak. Kalau ada yang detachable, pastikan material beg tu bukan dari jenis yang berat ya. Bukan apa, kesian juga pada anak-anak nak pikul nanti. Ada jenama tertentu yang begnya krang dari 1 kilogram beratnya, tapi berat pada mak ayah nak keluarkan duit la kan?

Troli 6 roda


Beg jenis ni buat saya jadi "WOW"! Waktu saya singgah butik SWAN di Pandan Indah hari tu, kakak ni siap buat demo turun naik tangga tanpa perlu angkat beg ni pun. Saya pun WOW lagi sekali! Tak dinafikan juga rekabentuk tayar seperti ini dah banyak di pasaran tanpa ada jenama terkenal. Yang membezakan adalah dari segi kualiti, durability, berat keseluruhan dan sistem sokongan badan yang ada. Beg jenis ini lebih bagus sekiranya dalam bentuk boleh buka (detachable) sebab rodanya agak berat. Kalau di SWAN, jaminan produk lebih terjamin dan alat ganti boleh dicari di sini.

Saya dibayar oleh SWAN ke untuk rebiu ini? Oh tidak...sebenarnya ada banyak lagi jenama terkenal di pasaran yang menawarkan kelebihan di atas. InsyaAllah dalam entri akan datang saya kupaskan jenama-jenama terkemuka dan anggaran harganya sekali ya.

Semoga bertemu lagi dalam entri seterusnya.
Selamat menempuh alam persekolahan buat adik-adik semua, dan jangan lupa dapatkan SET KESIHATAN KANAK-KANAK sebagai perisai kesihatan anda semua ya!

Sambungan PERBANDINGAN JENAMA BEG SEKOLAH TERKEMUKA



CONVERSATION

0 comments: