5 Tips Elak Rambut Gugur Selepas Bersalin

Lepas sapu sampah, tengok penuh rambut atas lantai balik. Adeh la. Penat sangat bila fikir rambut gugur makin teruk dan menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Lebih memalukan bila ramai yang tegur pasal rambut gugur ni.



Hmm...ada tak sesiapa yang geng dengan saya tentang rambut gugur ni? Tambah-tambah lepas bersalin, terutamanya bila anak dah masuk 4 bulan ke atas, orang dulu-dulu kata rambut gugur bila anak dah mula pandai menyembur, betul tak?


Sejauh mana kebenaran pendapat orang dulu-dulu? Bagi saya, ada betulnya. Bila anak dah mula nak masuk 3-4 bulan, paras hormon estrogen mula menurun. Secara tak langsung, memberi kesan kepada kesihatan dan pertumbuhan rambut. Kulit kepala pun mula jadi berkerak, rambut pun tak kekal lama kat kepala.

Lepas bersalinkan Muhammad dulu, rasa macam mimpi ngeri bila tengok segenggam rambut kat tangan setiap kali nak sikat rambut! Memang sampai tahap tak sanggup sikat rambut dah. Tu belum tengok lepas syampu rambut kat bilik mandi. Hitam je lantai dengan rambut gugur. Mujur belum sampai tahap botak dah waktu tu.

Yang bagusnya, saya ni bila dah jadi takut, mula buat research sana sini. Mula rajin cari cara nak elak rambut gugur, nak maintain kulit kepala yang sihat dan sebagainya.

Alhamdulillah sekarang masalah tu dah berkurangan. Taklah risau sangat terutamanya selepas bersalinkan Haqeem dan Azalea. 


5 Tips Elak Rambut Gugur Lepas Bersalin
• Gunting rambut setiap 6 minggu, kalau tak nak gunting pendek, memadai dengan bahagian hujung rambut je
• Basuh rambut dengan syampu yang betul, pastikan bilas dengan bersih supaya tidak tertinggal di kulit kepala. Saya gunakan syampu Prosantè Revitalising yang memang lembut untuk kulit kepala dan rambut yang lebih mudah diurus
• Lakukan senaman atau aktiviti ringan supaya berpeluh. Berpeluh dapat membantu mengeluarkan kotoran di celah-celah liang rambut. Pastikan korang cuci lepas tu, jangan buat pekasam pulak! Hihi
• Jika memakai tudung, pastikan tudung anda bersih. Tudung yang kotor membuatkan rambut anda berbau kurang enak serta menjadi tempat pembiakan bakteria.
• Pilih rutin pemakanan yang betul. Saya lengkapkan pemakanan saya dengan suplemen supaya sel-sel badan lebih sihat dan kulit yang lebih cantik. Yang paling saya suka ialah gandingan ESP, Vita C, B Complex, Vitalea, Ostematrix dan Zinc Complex. Tak lupa juga sesudu kecil VIVIX setiap hari untuk anti penuaan dan mengelakkan sakit-sakit kronik.

Kenapa ESP jadi rebutan untuk kurangkan rambut gugur? : http://sihatdengansaya.blogspot.my/2015/04/kecantikan-kuku-kulit-dan-rambut.html?m=1

Jom baca selanjutnya tentang pilihan pemakanan yang sesuai untuk elak rambut gugur :



Berminat dengan produk-produk yang saya gunakan?
Boleh hubungi saya terus seperti di bawah untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma dengan setiap pembelian dari saya.
Linda
sihatdengansaya@gmail.com



CONVERSATION

0 comments: