Semalam saya dapat panggilan dari salah seorang pembaca blog saya berkenaan beri bayi minum air masak.
Terima kasih Ija kerana sudi singgah di blog saya dan baca info yang saya berikan di sini. Saya ambil kira tentang persoalan Ija samada bayi beliau yang berusia 11 bulan sudah boleh diberi air masak atau tidak.
Ija beri susu badan sepenuhnya di samping beri pemakanan mengikut kesesuaian umur bayinya. Baru-baru ini Ija mendapati susu badannya merudum dan bayinya agak tidak puas menyusu ketika malam hari. Oleh itu, Ija mula memberi bayinya susu formula kerana bimbang kelaparan.
Menjawab persoalan Ija, saya rumuskan di sini:
• bayi berumur 6 bulan ke bawah tidak perlu diberi air masak sekiranya menyusu badan sepenuhnya. Kandungan air dalam susu badan sudah cukup untuk melawaskan pembuangan bayi
• bayi yang minum susu formula tidak boleh dikurangkan sukatan susu atau air kerana dikhuatiri tidak cukup nutrisi atau keracunan air. Bagaimanapun, tidak salah sekiranya memberikan air masak kepada bayi jika didapati sembelit dan sukar buang air besar
• bayi berusia 6 bulan ke atas yang telah mula diberi makan boleh diberi air masak
Ija tidak lagi bekerja di pejabat, dan tidak mengepam susu. Maka saya minta izin Ija untuk saya tahu serba sedikit tentang latar belakang beliau. Ija sebenarnya agak stress di rumah di samping menguruskan dua anak lain yang sedang membesar. Tambahan pula, Ija sedang didatangi haid dan perubahan hormon yang berlaku turut memberi kesan terhadap pengeluaran susu Ija.
Kemeruduman susu ketika haid adalah antara situasi yang amat dibimbangi oleh ibu-ibu menyusu. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama, malahan berkali-kali dah rasanya.
Apa yang dapat saya nasihatkan kepada Ija dan ibu-ibu menyusu di luar sana ialah seperti berikut:
• kawal stress. Stress adalah faktor utama susu badan merudum dengan dahsyat
• jaga pemakanan. Makan makanan seimbang dan lebihkan pengambilan protein dan kalsium.
• minum air masak secukupnya.
• Sekiranya tidak berkesempatan untuk sediakan makanan berkhasiat dan tak tahu cara pengurusan stress, saya cadangkan pengambilan suplemen yang sesuai dengan ibu menyusu.
Cadangan suplemen untuk ibu menyusu adalah seperti yang berikut:
• ESP : protein berasaskan soya bukan GMO yang ternyata selamat dan berkhasiat, juga sesuai untuk pesakit kencing manis kerana Indeks Glisemik yang rendah
• Vitalea : multivitamin sebagai pelengkap nutrisi dan pemberi tenaga berpanjangan
• Vita C : meningkatkan imun badan
• Ostematrix : memberikan tidur yang lebih berkualiti, sebagai anti radang, melawaskan pembuangan, melegakan sakit sendi
• B Complex : melegakan stress,
• Alfalfa : membuang toksin, melancarkan peredaran darah sekaligus melancarkan pengeluaran susu
Atau, anda juga boleh membuat pilihan yang lebih baik dengan pengambilan Vivix yang ternyata memberi tenaga berpanjangan.
Ingin tahu lebih lanjut tentang produk dan promosi yang sedang berlangsung pada bulan ini?
Hubungi anda sekarang dan anda berhak menikmati konsultasi percuma dengan setiap pembelian daripada saya.
Linda (866459)
sihatdengansaya@gmail.com
0 comments:
Post a Comment