Alhamdulillah.
Jumaat lepas sesi santai bersama sifu hebat dalam bisnes Shaklee, sifu blog, sifu nyanyian, sifu aiskrim Olaf...
Walaupun plan dibuat last minute, acara santai ni menambahkan ikatan ukhwah antara ahli SUPERMOM.
Waktu mami Hadhatina dan dedi Mohd Kamarul Baharin (MKB) jemput, saya pun tak berapa pasti samada dapat hadirkan diri atau tidak dek kesempitan masa dan ada perancangan lain bersama keluarga. Namun nasib menyebelahi saya, sampai jua kami ke kediaman mami Hadhatina.
Dapatlah kami masak sup tulang bersama-sama, berBBQ ayam manakala anak-anak enjoy mandi kolam di tingkat atas sekali. Makanan pun siap tepat pada masanya, anak-anak semua lapar lepas mandi kolam terus makan tanpa perlu dipaksa.
Dan seperti biasa, sembang santai SUPERMOM dan SUPERDAD di samping SUPERKIDS buat aktiviti mereka sendiri.
Terima kasih mami Hadha dan dedi MKB sekeluarga yang sudi jemput kami semua. Sesungguhnya saya seronok sangat berada dalam susur galur SUPERMOM yang sentiasa padat dengan aktiviti santai kami.
Anda nak jadi sebahagian daripada kami?
Jangan rasa was-was kerana anda sememangnya telah memilih kumpulan yang paling disebut-sebut antara banyak-banyak susur galur dalam bisnes Shaklee.
Nak mendaftar sebagai ahli?
Klik di sini dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin.
0 comments:
Post a Comment