Pagi-pagi cek whatsapp kat telefon. Alhamdulillah Allah datangkan kepada saya sahabat yang sedang hamil dan alahan teruk.
3 bulan yang lepas, dia dapat tahu dia hamil anak kelima dan mabuk teruk sampai tak boleh makan apa-apa langsung. Mula-mulanya dia order set kehamilan. Tapi lepas scan, doktor kata kantung dia kosong dan kena datang lagi 2 minggu untuk pastikan janin dah jatuh sepenuhnya.
Saya nasihatkan dia untuk dapatkan pandangan kedua sebelum yakin janinnya dah tiada. Sedih sangat dah dia waktu tu. Saya nasihatkan juga untuk terus makan vitamin yang diambil semasa hamil seperti Vitalea, B-Complex, Vita-C dan ESP. Dari segi kekuatan dalamannya, saya sering ingatkan untuk kuat semangat dan baca doa kuatkan rahim.
Doa Kuatkan Rahim
Doa kuatkan rahim ini diambil dari Durah Al-Hijr Ayat 97, 98, 99 seperti berikut:
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Alhamdulillah. Dua minggu lepas tu dia call saya, bagitau tentang janin dia yang dah detect balik dalam kandungan. Itupun dia pergi jugak scan kat klinik lain untuk dapatkan kepastian.
Sekarang, alahan dia belum hilang. Jadi dia nak teruskan dulu dengan ESP supaya kekal kenyang dan bertenaga sepanjang kehamilan.
Jadinya, korang yang hamil dan didapati janin tiada degupan jantung (heartbeat ),
jangan putus asa. Teruskan berikhtiar di samping berdoa tanpa putus kepadaNya. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
Yang nak cuba ESP macam sahabat saya ni, boleh hubungi saya ya.
Linda
sihatdengansaya@gmail.com
3 comments:
Memang akan rasa down lah kalau dapat perkhabaran macamni. Tapi sebelum confirm sebaiknya kita usaha dulu. Insyaallah jika rezeki kita, takkan ke mana
betul, rezeki Allah tak pernah tersilap. Yang penting ikhtiar dan tawakkal kepadaNya. doakan dia sihat sepanjang kehamilan ini ya!
Alhamdulillah..siapa sanvka..kuasa ALLAH penentu segala..
Post a Comment