TRAGEDI OKTOBER

Alhamdulillah.

Hari ini 1 November 2014M, bulan yang baru.
Hari ini 8 Muharram 1436H, esok boleh mula puasa 9 & 10 Muharram iaitu lebih dikenali sebagai Hari Asyura.
Hari ini juga, umur kita menginjak satu hari lagi dan akan berulang setiap hari sehinggalah kita menghembus nafas terakhir.

Di Mana Kita?


Apa yang telah kita capai sepanjang hidup kita?
Dari segi dunia dan akhirat, seimbangkah?
Atau alpakah kita dalam mengecapi nikmat Allah s.w.t.?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Ar-Rahman
Berulang-ulangkali kita diingatkan tentang nikmat Allah yang tak terhingga.
Sedangkan ramai antara kita yang masih lagi leka.

Puting Beliung di Malaysia


Bulan ini, kita dikejutkan dengan kisah puting beliung yang melanda Malaysia.
Pernah tak terlintas di minda, negara yang terletak diluar lingkaran gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam yang lain tiba-tiba dilanda musibah begini rupa?

Sewaktu berlaku landsprout (pusaran angin seperti puting beliung) di Bintulu, suami saya mengirimkan gambar-gambar melalui Whatsapp, betapa hampirnya kejadian tersebut dengan site office mereka. Betapa mereka menggigil ketakutan walaupun watersprout adalah fenomena biasa di kalangan pekerja O&G?

Sesungguhnya Doa Itu Senjata Terkuat Umat Islam


Kepada Allah, saya panjatkan doa dan munajat agar kita semua dilindungi dari malapetaka ini.
Tak lupa juga kejadian puting beliung yang berlaku di Kedah, Klang dan terakhir berlaku di Kedah juga semalam. Sedikit teguran yang Allah berikan atas kekufuran nikmat umat manusia, namun adakah kita sedar?

Nauzubillahi minzalik.

Semoga kita mendapat manfaat dan transformasi diri agar menjadi lebih hebat di mataNya.
InsyaAllah.

CONVERSATION

0 comments: