Mak lost temper. Tak tahu nak kawal marah pada anak-anak.
Sehinggalah ternampak satu group ni di News Feed saya.
Kelab Mak Tak Marah Anak.
Bagus juga.
Boleh juga belajar tangani masalah anak yan nak meningkat dan pelbagai ragam ni.
Berikut perkongsian saya dalam kelab tersebut.
Salam mommies.
Nak share sikit kisah dua minggu lepas.
Anak main pedang-pedang dalam rumah. Maklumlah rumah kecik, situlah gelanggang badminton, padang bola, tempat makan dsb.
Alkisah, bergaduhlah dua beradik ni, siapa nak jadi Jedi, siapa nak jadi Darth Vader. Pendekkan cerita, si abang tolak adik dan prangggg....seperti dalam gambar. Mak tak sanggup cerita panjang.
Mula-mula nak marah. Terduduk jap kat meja makan. Marahla jugak time tu, "habislah kalau ayah balik nanti". Memang ya, ayah merajuk 2-3 hari. Mak nak cakap dengan ayah pun tak berani.
Seminggu budak-budak tengok tv suku gambar. Minggu lepas, ayahnya outstation. Diorang nak tengok Frozen tapi kesian sangat. Sudahnya keluarkan DVD Player, dapatla tengok separuh, dvd pula rosak.
Ayah balik dari outstation, digodeknya decoder Njoi, plug in kat player. Tadaaa.
Daripada tv 42" dapatla tengok tv 10".
Lepas kejadian tv pecah, marah tu masih ada. Tapi kelebihannya, anak-anak dah kurang menonton tv, kecik sangat kan! Lebih kepada pretend play, baca buku, mewarna, melukis dan sebagainya.
Bila difikirkan balik, setiap kejadian ada hikmahnya.
Maka, bertabahlah!
Mak kata kat ayah, takyah beli baru. Mak pun takdela ngadap tv nanti. Tunggu opahnya dah balik rumah sini baru tukar baru.
Hasil kejadian juga, mak kena bertabahlah dengan rumah yang bersepah!
Sekian cerita dari mak kat sini.
0 comments:
Post a Comment