Bayi tak berak seminggu, bahaya tak?

Tahukah anda?

88% kandungan susu ibu adalah terdiri daripada air.

Oleh itu, hanya 12% komposisi susu diserap, dikumuh dan dikeluarkan dari badan sebagai sisa pejal.

Maka tidak hairanlah jika bayi yang sedang menyusu badan sepenuhnya tidak kerap membuang air besar meskipun selama hampir dua (2) minggu!

Bayi asyik kentut, apa patut saya buat?

Anda mungkin merasa risau melihat bayi anda agak gelisah dan juga kerap kentut. Antara kaedah yang boleh dilakukan seperti berikut :
- lakukan urutan lembut pada perut dengan arah membulat dan lawan jam. 
- lakukan urutan berbentuk 'love' pada perut bayi
-  sapukan losyen Herbal Blend supaya tidak terlalu kesat ketika membuat urutan
tersebut
- sapukan losyen pada bahagian betis bayi dan gerakkan dari pelipat ke bawah
- lakukan senaman kayuh basikal pada si manja ada

AWAS! 

Jangan lakukan yang demikian terhadap bayi anda!!!
- jangan tekan bahagian perut supaya najis cepat keluar, dikhuatiri boleh merosakkan organ dalaman yang masih belum matang.
- jangan sapukan krim panas pada perut bayi, kulitnya masih terlalu nipis!
- jangan buat senaman kayuhan terlalu laju, bayi anda bukan sedang berlumba dalam Le Tour De Langkawi (LTDL) !!!

Jangan khuatir!

Anda tidak perlu risau sekiranya anak anda tidak membuang air besar.
Sekiranya lampinnya masih basah  dengan air kencing, insyaAllah anak anda  masih normal.


CONVERSATION

0 comments: