Hati sebagai organ penting tubuh manusia
Hati memainkan peranan penting dan
berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan
protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan
zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar
kerana ia menghasilkan air hempedu.
Antara fungsi hati yang penting ialah:
- Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak.
- Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.
- Menghasilkan faktor pembekuan darah.
- Menghasilkan asid amino (struktur asas protein).
- Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah.
- Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.
- Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea.
- Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan.
Jenis-jenis kerosakan hati:
Di antara jenis-jenis kerosakan hati
ialah:
- Hepatitis - Sel hati menjadi radang.
- Kolestasis - Aliran air hempedu tersekat.
- Steatosis - Pengumpulan Kolesterol atau triglyceride.
- Aliran darah ke hati terganggu.
- Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal.
Jenis-jenis penyakit hati:
Terdapat beberapa jenis penyakit
hati yang akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam entri akan datang,
antaranya:
- Hepatitis berjangkit (5 jenis hepatitis iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E)
- Penyakit hati berlemak
- Hemochromatosis (terlebih zat besi)
- Penyakit Wilson
- Penyakit Gilbert
- Kanser Hati
- Sindrom Budd Chiari (aliran darah tidak normal)
Simptom penyakit hati yang biasa dilihat adalah seperti berikut:
- Loya.
- Muntah.
- Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen.
- Jaundice (sakit kuning) - kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi.
- Keletihan, lemah dan turun berat badan.
- Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti:
- Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah.
- Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit.
- Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol.
- Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks.
- Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan.
Bagaimana menjaga hati?
- Elakkan makanan berminyak dan bergoreng yang berlebihan
- Elakkan menghisap rokok dan pengambilan alkohol
- Tidur tidak melebihi 8 jam sehari dan elakkan tidur lewat
- Elakkan pengambilan ubat-ubatan berlebihan. Cuba detox hati anda dengan DTX Complex dan amalkan secara konsisten supaya hati berfungsi dengan baik
- Elakkan pengambilah zat besi berlebihan. Vitalea membekalkan zat besi yang mencukupi dan mudah diresap serta tidak membenarkan pangambilan berlebihan di dalam tubuh badan.
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan minum air putih secukupnya
AWAS! PENYAKIT HATI MERUPAKAN PEMBUNUH SENYAP DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA!!!
Baca lebih lanjut tentang kepentingan DETOX serta jenis-jenis DETOX di sini :
APA ITU DETOX DAN KEPENTINGANNYA
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang DETOX ni tak?
Klik DI SINI untuk membuat pembelian.
ATAU
Klik DI SINI untuk membuat pembelian.
ATAU
HUBUNGI
SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms |
whatsapp 0129401604
Email
: sihatdengansaya@gmail.com
DAFTAR
KEAHLIAN : KLIK DI SINI
0 comments:
Post a Comment