Apakah Penyakit Batu Hempedu?
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Rawatan kepada penyakit ini biasanya melalui pembedahan laparoskopi.Bagaimanapun, ada juga situasi di mana pembedahan tidak perlu dilakukan dan adakalanya boleh dibantu dengan pengambilan suplemen atau detoks.
Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak.
Punca Pembentukan Batu Hempedu
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:- Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
- Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
- Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
- Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
- Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
- Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Rawatan Penyakit Batu Hempedu
Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.Pengambilan suplemen tertentu dapat membantu bagi batu hempedu yang tidak kronik.
- Lecithin : bertindak sebagai pengemulsi lemak sekaligus membantu pemecahan batu karang ini kepada hablur yang lebih kecil dan seterusnya melarutkan ia melalui aliran darah
- DTX Complex : bertindak sebagai tonik hati untuk mengeluarkan kotoran yang berada di dalam 3 organ ini (hati, pankreas dan hempedu) dan seterusnya memastikan hati berfungsi dengan lebih baik.
- Sustained Release Vita-C : meningkatkan imun badan supaya pemulihan lebih cepat dan sekaligus mengelakkan penyakit yang sama berulang. Ia juga memastikan aliran darah yang lebih lancar dan bersih dalam tubuh badan.
- ESP : sebagai makanan gantian ketika proses detoks dijalankan untuk mengurangkan beban kerja kepada 3 organ ini. Sekiranya anda ada alahan kepada soya (bukan GMO), anda boleh memilih untuk mengambil Cinch Shake sebagai gantian.
- Performance Orange : minuman elektrolit yang memastikan jumlah air mencukupi dalam badan dan mengelakkan badan daripada terhidrat dan membahayakan buah pinggang anda.
Rawatan Alternatif - 'Eat Clean' dan Detoks
Pesakit Batu Hempedu boleh mencuba rawatan alternatif dengan minyak zaitun dan jus lemon seperti di dalam jurnal oleh FKM, Universiti Teknologi Malaysia : klik di sini
Eat Clean seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan boleh dijadikan salah satu usaha menangani masalah batu hempedu ini serta ambil bersama suplemen di atas. Klik di sini untuk bacaan lanjut.
Dapatkan Suplemen Untuk Batu Hempedu
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen seperti dicadangkan di atas, anda bolehlah membuat pembelian dalam talian melalui butang di bawah.
Atau, anda juga boleh hubungi saya di nombor yang tertera serta mendapatkan khidmat konsultasi PERCUMA dengan setiap pembelian.
0 comments:
Post a Comment