Sekadar perkongsian...
Sahabat saya baru kehilangan isteri tercinta semalam berpunca dari kerosakan hati yang sangat kritikal.
Diagnosed liver cancer in December 2014, dia rahsiakan dari teman sekerja dan hanya ahli keluarga paling rapat yg tahu. Dia tak nak org lain tahu sebab dia nak hidup normal, enjoy dgn anak2 sementara hayat masih ada.
Dia tak pernah tunjuk dia sakit hinggalah 2 minggu lepas dia agak lemah. Hari Khamis dia pengsan dan dibawa ke Hospital Selayang tapi doktor kata dah tak ada harapan. Tak sampai 24 jam, dia menghembuskan nafas terakhir dikelilingi orang-orang yang dikasihi.
Saya hanya tahu di saat dia pergi. Saya hanya sempat ziarah kawan saya di kala jasad isterinya dah tiada lagi di alam ini.
Sayu hati dan pilu tak tertahan bila melihat anak-anaknya Nasreen Noor Syazwani (8), Ally Syazwan (6) dan Asif Syazwan (14m) yang kehilangan ibu yang sangat lemah lembut dalam percakapan, jarang sekali lihat dia marah anak-anak. Empangan air mata saya pecah berderai ketika menziarah mereka sebab saya rasa gagal jadi sahabat walaupun kami kenal sejak tahun 1990 di sekolah rendah dulu. Saya rasa gagal kerana meskipun kita akui bersahabat, namun saya tak tahu musibah yang menimpa keluarganya.
Allahu akbar.
Titisan demi titisan air mata mengalir tatkala saya tulis entri ini.
Tabahnya kawan saya bila dia pula yang menenangkan saya, katanya, "linda, thank you for being here, this is the support that I actually need from you all, semangat dari kawan-kawan".
Dia sentiasa tersenyum walaupun di dalamnya terkandung segala kedukaan.
Saya dan Arwah Sya jarang bersembang, tapi perwatakan dia yang selalu tersenyum, dan mudah mesra dengan semua orang akan sentiasa mengingatkan saya bahawa arwah seorang yang sangat berbudi pekerti, sangat disenangi ramai, sangat baik...
Tabahlah wahai sahabat, Mohd Seeddiq Adenan.
Damailah sahabatku Sya, Norsharizan Herdawani...semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
*hargai kehidupan yang singkat ini dengan berbuat kebaikan, kerana itulah bekalan kita di akhirat nanti.
**sayangilah mereka di sekeliling kita, jangan kita lukai hati mereka, kerana entah bila kita akan dijemput olehNya.
0 comments:
Post a Comment