RESIPI APAM NASI MUDAH
Bahan-Bahan
2 cawan nasi (suhu biasa)
3 cawan air suam
1 1/2 cawan gula
(kisar bahan-bahan di atas)
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket yis (saya guna brand Mauripan 11g)
(campur dan gaulkan bahan di atas)
Kelapa Parut
Garam
Cara-cara
1. Kisar bahan sehingga hancur dan halus2. Tuang bahan kisar ke dalam tepung tadi., dan gaul hingga rata.
3. Tutup bekas (bahan-bahan ini akan mengembang dan naik, gunakan bekas yang 3 kali ganda lebih besar dari adunan) selama 1 jam.
4. Lengserkan sedikit minyak dalam acuan, tuang adunan 3/4 penuh.
5. Kukus dengan api sederhana (pastikan air pengukus telah menggelegak sebelum mengukus)
6. Sekiranya menggunakan loyang kecil, kukus selama 15-20 minit.
7. Sekiranya menggunakan loyang besar, kukus selama 45 minit atau lebih.
8. Hiaskan dengan kelapa parut dan sedikit garam.
*tips: letakkan adunan di tempat panas (cthnya dapur) supaya lebih cepat mengembang.
0 comments:
Post a Comment