Disclaimer : Breast Pump Review is
written based on my personal experience during this wonderful breastfeeding journey
i had with my 3 little kids. The review was not being paid by any maker and
therefore it is up to your decision in choosing the right breast pump for you.
Enjoy reading!
Bismillahirrahmanirrahim...
Entri ni dah agak lama tersimpan dalam draf blog saya.
Semenjak berada dalam personal blog hinggalah ke blog ni.
Dan sehingga hari ini, 20 March 2014, saya masih menunggu
sebuah bungkusan breast pump Medela Harmony yang secara sahnya menjadi
pembelian pam yang sama untuk kali ketiga!)
Saya terdetik nak kongsikan pengalaman saya bersama-sama
pembaca, supaya pembaca boleh menilai kegunaan dan kelebihan serta
kekurangannya dari perspektif saya.
Tak semestinya sesuatu jenama itu menjadi pam yang terbaik.
Tak semestinya pam yang lebih mahal itu lebih bagus.
Tak semestinya pam yang paling canggih siap ada power bank
paling efektif.
Yang penting, cara anda menyesuaikan diri dengan pam
tersebut serta pastikan penggunaan pam secara maksimum, barulah dikatakan pam
yang terbaik.
*sebaik-baik pam susu adalah mulut bayi anda sendiri ye...
Jemputlah baca serba sedikit alkisah breast pump ni ya!
NOMBOR 1
Jenama : Little Bean, Model Mini-Electric
Jenis : Single, Battery/AV Operated
Kategori : Kegunaan Asas
Harga saya beli :
RM200
9 March 2010; inilah tarikh keramat saya memiliki breast
pump untuk pertama kalinya! Itu pun suami yang belikan sebab saya sedang berpantang
hari yang ketiga. Terima kasih encik suami sebab hadiahkan satu set breast pump
complete dengan steriliser dan warmer.
Bila tanya encik suami, “bagus ke pam ni?”
Dia jawab, “entah, kakak tu kata ni ok sebab sama macam
medela mini electric”.
Ooooo....buat pengetahuan semua, saya sikit pun tak pernah
amik tau pasal pam susu segala bagai ni. Kiranya, saya terima pam ni tanpa ada
apa-apa pengetahuan pun tentang pam-pam ni.
*ibu-ibu muda, silalah ambil tahu tentang penyusuan bayi dan
cara pengendalian susu ibu dari awal ye. Jangan jadi macam saya tau!
Pertama kali saya guna, rasanya satu rumah bising sebab
bunyinya kalah mesin potong rumput tu haaa. Bila tengok susu, alahai.... 0.5oz
pun tak sampai! Sedihnya rasa hati.
Tak nak mengalah, esoknya pam lagi. Pun sama! 0.5oz hasil
production untuk sehari.
Saya mengaku, mula-mula dulu tak reti pasal susu badan dan
tak tahu kena ikut konsep supply and
demand. So saya belajar tentang penyusuan susu ibu melalui internet. Bila
rasa dah pandai sikit, baru la susu tu macam nak ada. Banyak rupanya! Ada
sekali tu, saya pam sampai melimpah keluar dari botol 5oz tu, nasib baik tak
overflow dalam motor pam tu. Tak lama pun saya guna pam ni. Sebab minggu kedua
berpantang, saya ajak encik suami ke kedai barang baby, saya beli pulak pam
yang kedua. Pam ni cuma bertahan tak sampai sebulan dengan saya. Dah selamat
pun saya jual pada orang yang lebih memerlukan.
Kebaikan :
Biasa-biasa aje. Saya guna brand murah, mungkin kalau guna Medela lagi bagus?
Keburukan :
BISING! Kuat makan bateri. Boleh buat single pumping sahaja. Untuk ibu-ibu yang
nak cepat macam saya, tak berapa sesuai la kot!
NOMBOR 2
Jenama : Spectra, Model Spectra 3
Jenis : Single/Double, AV Operated
Kategori : Kegunaan Berat (Heavy Duty)
Harga : RM580 (single pumping, additional breast shield
required)
Mula-mula saya guna pam ni secara single. Alhamdulillah,
kali ni saya rasa bersemangat sangat sebab nampak susu mencurah-curah la jugak.
Tak sia-sia paksa encik suami bawakkan ke kedai baby, Twins Baby yang sebelah
Tesco Ampang tu. Tahun 2010, pam ni kira mahal jugak la sebab dekat RM580 untuk
single pump! (dengan harga yang saya beli kat kedai, rasanya boleh beli 2 kalau
beli melalui online!)
Bila dah yakin dengan kesesuaian pam ni, saya beli lagi satu
breast shield untuk permudahkan saya mengepam dengan kadar lebih pantas. Time
tu, rasanya harga untuk sebelah breast shield dalam RM70.
Pada pemerhatian saya, Spectra3 ni macam dah nak pupus
dengan kehadiran pelbagai jenis dan jenama pam yang tiba-tiba mencanak-canak
dijual di pasaran. Buat masa ni, pam yang agak lebih kurang sama dengannya
ialah Spectra M1. Bezanya Spectra M1 ni boleh guna rechargeable battery.
Kebaikan : Waktu
mengepam dipercepatkan dengan guna 2 breast shield. Pam paling senyap antara
semua pam yang saya nak tuliskan di sini. Pam yang paling kurang parts untuk
dipasang. Pam yang paling senang nak pasang. Pam paling murah dan paling senang
nak servis. Pam paling susah nak rosak. Spare Part pun murah dan senang nak dapat.
Pendek kata, saya vote pam ni terbaik untuk semua fungsi kecuali saiz dan power
input aje.
Keburukan : Agak
berat kalau nak pikul ke mana-mana. Power input hanyalah menggunakan AV. Maka
agak susah untuk mengepam di mana sahaja yang anda suka.
Pam ni dah tak ada dalam simpanan saya lepas saya beli pam
yang keempat. Tapi inila pam yang paling banyak jasa dan paling saya sayang.
Saya jual sebab ada ibu lain yang lebih memerlukan dengan harga yang
biasa-biasa aje.
NOMBOR 3
Jenama : Medela, Model Harmony
Jenis : Single, Manual Operated
Kategori : Kegunaan Asas
Harga : RM200 (RRP : RM279)
Disebabkan saya banyak keluar rumah dan tinggalkan baby
dengan mak di rumah, saya perlukan pam yang agak handy dan boleh di bawa ke
mana sahaja. Hasil carian Pak Google, berjumpalah saya dengan seorang blogger Harlinda Halim yang sangat menjadi
motivasi kepada saya tentang penyusuan susu ibu ni. Dalam blog dia, ada jual
pam ni. Dalam tak sedar, rupanya saya juga follow blog kakak dia Hadhatina
Halim yang sekarang ni jadi mami saya dalam dunia Shaklee ni.
Pam ni tak sakit. Suction yang sangat lembut dengan SoftFit.
(Saya tak pernah guna personal fit sepanjang berkecimpung dengan pam jenama
Medela ni). Lagi satu handle dia tak melenguhkan tangan sebab boleh swivel kiri
dan kanan, pam susu jenis ni sangat sesuai untuk orang kidal.
Pernah satu kali kat nursing room Pantai Hosp Bangsar, saya
dok la mengepam sambil tunggu nombor dipanggil. Ada satu minah salleh ni dok
perhatikan saya mengepam dan terus teruja dia tengok susu keluar membuak-buak
dalam keadaan rilek-rilek aje. She was using Avent at that time, terus
interview berapa price etc.
Kebaikan : Tak
banyak parts untuk assemble, senang nak cuci, handle boleh guna pada Medela
Swing untuk jadikan manual pump. Tak sakit, tak lenguh tangan mengepam. Pendek
kata, ni pam manual paling best untuk ib-ibu yang tak berapa nak ada bajet.
Keburukan : Secara
jujurnya, tak ada! Tapi kalau nak cari jugak keburukannya secara peribadi, saya
dah beli pam yang sama untuk kali keTIGA! Sebab terlalu best, handy, mudah nak
bawa ke mana-mana.
Entri seterusnya bersambung di sini.
****************************
Dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu melengkapkan penyusuan anda di sini.
Set Penyusuan E
Set Penyusuan B
Set Penyusuan Premium
Atau hubungi nombor di bawah untuk konsultasi eksklusif:
Linda
0129401604 / sihatdengansaya@gmail.com
****************************
Dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu melengkapkan penyusuan anda di sini.
Set Penyusuan E
Set Penyusuan B
Set Penyusuan Premium
Atau hubungi nombor di bawah untuk konsultasi eksklusif:
Linda
0129401604 / sihatdengansaya@gmail.com
2 comments:
Asaalam Puan. Tahniah
Saya suami mencari peralatan untuk isteri. Entry puan membuka mata saya. Terima kasih
Jemput singgah blog saya jejarihaq2u.blogspot.com
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan bermanfaat bagi yang membacanya. Sekadar perkongsian daripada saya. InsyaAllah, ada lagi dua jenis pam yang terbaru akan saya ulas lebih lanjut nanti.
Akan saya singgah di kelapangan saya nanti ya!
Terima kasih sudi singgah di sini :)
Post a Comment