Tips memilih pam susu terbaik dan paling sesuai_Bahagian 2

Disclaimer : Breast Pump Review is written based on my personal experience during this wonderful breastfeeding journey i had with my 3 little kids. The review was not being paid by any maker and therefore it is up to your decision in choosing the right breast pump for you. Enjoy reading!

Entri sebelumnya di sini.

NOMBOR 4

Jenama : Medela, Model Freestyle
Jenis : Double, Battery/AV Operated
Kategori : Kegunaan Sederhana (Medium  End)
Harga saya beli : RM1799 (RRP : RM2299)

Jenuh saya simpan duit dan main kutu semata-mata nak beli pam ni. Mana taknya! Tengok harga aje pun dah buat saya terliur. Ingat lagi masa saya beli pam ni, sorok-sorok dari encik suami sebab takut kena marah. Orang lain sibuk beli BlackBerry dan iPhone time ni, tapi saya lebih utamakan beli pam ni.

Bukan apa, tuntutan kerjaya dan lokasi rumah dengan pejabat membuatkan saya terpaksa cari pam yang boleh dibawa ke mana sahaja, baik dalam kereta, bawah tangga, celah bedah semua sekali lah. 
Alhamdulillah, sehingga sekarang pam ni masih berjasa dengan saya walaupun dah mencecah usia yang keEMPAT tahun dengan saya.

Untuk yang nak beli pam ni, saya syorkan carian AJASUBREASTPUMP. Aja beri servis yang terbaik untuk pelanggan dia termasuklah respon yang sangat memuaskan hati. Hampir semua kawan-kawan saya syorkan beli dengan Aja dan semuanya berpuas hati.


Kalau nak beli dengan seller lain pun ok, sebab ada seller yang jual betul-betul di bawah market price tapi kenala ingat, warranty pun “di atas market price” la jawabnya. Saya sendiri tak beli dengan Aja, sebab waktu saya nak join group kutu, turn saya lambat sangat. Sekarang saya tanggung aje la warranty cost tu sendiri.

Kebaikan : Suction lembut, tak sakit sebab guna SoftFit. Pam serentak kedua-dua belah, jimat masa, senang nak buat power pumping even while driving (maklumla KL kan jam). Kalau kat rumah, saya boleh pam sambil makan, sambil sidai baju dalam rumah, sambil gosok baju, sambil masak air etc. Mudahkan? Battery ala-ala handphone gitu, hanya plug in dan charge. Bukan bateri AA ataupun AAA. Oh ya! Harus diingat, pam ni untuk kegunaan sederhana je tau! Bukan heavy duty pump. Kalau nak yang heavy duty boleh share reramai, saya syorkan Medela Symphony atau Spectra 7.

Keburukan : telah diketahui umum, ada satu masalah dengan bateri bila dia kuar signal “batt” tapi jangan risau, sebab ada cara untuk mengatasinya. (Yang ini pun Aja yang ajar)Selain tu, mungkin dari segi harga yang tak ramai mampu milik. Kebanyakan orang nak beli pam ni dengan alas an, “Pam mahal mestila paling bagus”. Erk!!!  Alasan apakah itu? Bagi saya, tak perlu membazir sekiranya anda tiada keperluan membeli pam macam ni melainkan anda betul-betul mampu dan tak tau nak buang ke mana lagi duit tu. Antara pam yang setanding dengan Medela Freestyle dan agak mampu milik, saya cadangkan Evelove atau Spectra M1. Sebab dah tanya kawan-kawan yang guna ni, kira bolehlaaaa...


NOMBOR 5

Jenama : Avent via bottle, PP
Jenis : Single, Manual
Kategori : Kegunaan Asas
Harga saya beli : RM180 (RRP : RM279)

Yang ni saya gatal-gatal tangan beli waktu preggy nombor 2. Sebab ramai yang kata, best gila lah guna Avent ni. Cakap banyak tak mau, saya nak cakap satu je...tak best! Kenapa saya kata camtu sebab saya rasa lebih selesa guna Medela Harmony. Bagi saya, Avent ni bising, ada bunyi kecelupak kecelupik camtu. (Gasak la nak bunyi camne pun, janji lebih kurang ada bunyi camtu). Petal massage cushion tu pun rasa macam tak bagus sebab susu akan terkumpul kat situ, rugi woo. Tidak-tidak suku ounce dah rugi! Berkira ya amat kan?

Kebaikan : Ye, saya admit saya bias. Guna Medela Harmony lagi best.

Keburukan : Bising, ada bunyi sikit walaupun manual je pun. Suction sakit sikit. Tangan lenguh banyak. Rasa macam tengah exercise tangan kat gym aje. Gap antara petal massage cushion buat susu trap dalam tu, tak efisyen.


NOMBOR 6

Jenama : The First Year, Model MiPump (Learning Curve)
Jenis : Single converted to Double, AV operated
Kategori : Kegunaan Sederhana (Medium End)
Harga saya beli : RM200 (RRP : RM459)

Kalau bercakap tentang botol susu, saya rasa brand The First Year ni kira terbaiklah untuk elak baby colic, untuk elak nipplpe confusion, untuk mimic actual suction. Seriously, it helps me during my breastfeeding journey, waktu awal-awal struggling nak bagi Muhammad fully bf.

Dari segi pam, not so bad. Saya suka guna MiPump, tak bising tapi kena cari plug yang saya malas sikit tu. Saya guna sebulan je, itupun beli yang preloved je, untuk  backup during routine service kat Lactaequip untuk Medela Freestyle tu.

Kebaikan : Senyap, part tak banyak, ringan

Keburukan : AV operated membuatkan saya rasa lemah longlai sikit...hehehe. Selain tu, saya rasa pam ni pun sesuai untuk yang bajet-bajet duit nak beli pam


NOMBOR 7

Jenama : Avent via cup
Jenis : Single, manual operated
Kategori : Kegunaan Asas
Harga saya beli : RM200 (RRP : RM279)

Kata Avent tak best? Tap kenapa beli sampai 2 kali?

Ok, waktu ni saya jual pam dan kelengkapan bayi yang lain. Since saya dapat harga yang kaw-kaw murah, saya pun amikla satu, dengan harapan nak guna storage cup tu je pun. End up, saya jual pam tu dan simpan storage cup aje.

Kebaikan : boleh simpan terus dalam cup, dan masuk freezer . Boleh panaskan direct dan terus sambung puting untuk direct bagi pada baby.

Keburukan : Sama seperti dalam ulasan nombor 5.


Entri seterusnya bersambung di sini.

*****************************

Dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu melengkapkan penyusuan anda di sini.

Set Penyusuan E
Set Penyusuan B
Set Penyusuan Premium

Atau hubungi nombor di bawah untuk konsultasi eksklusif:
Linda
0129401604 / sihatdengansaya@gmail.com

CONVERSATION

4 comments:

fairy dust said...

Mcm mana u solve problem freestyle bila appear batt tu?

Linda said...

fairy dust

saya sertakan kaedah mengatasi masalah 'batt' di sini ya...harap dapat membantu...

cara troubleshoot medela fs

gee said...

Kt mn awak beli pump the first year tu dgn hrga rm200.. Nk bli jugak :(

Linda said...

Gee

Saya beli preloved aje, bukan baru. Tapi seriously best!