Tips memilih pam susu terbaik dan paling sesuai_Bahagian 3

Disclaimer : Breast Pump Review is written based on my personal experience during this wonderful breastfeeding journey i had with my 3 little kids. The review was not being paid by any maker and therefore it is up to your decision in choosing the right breast pump for you. Enjoy reading!

Entri sebelumnya di sini. 



Jenama : Pureen dan Anakku
Jenis : Single, manual operated
Kategori : Kegunaan Asas
Harga saya beli : RM30 (RRP : RM100++)


Memang dasar gila beli pam! Waktu pergi Warehouse Sale, nampak pam ni macam murah-murah. Oh my! Saya merasa guna just for the sake of trying! Sakit woooo...cuci dan terus pack untuk jual!

Kebaikan : Tak pasti sebab saya dah biasa guna Medela Harmony tak sakit, saya rasa tak salah kalau ibu-ibu spend lebih sikit untuk beli Harmony rather than guna yang ini. No offend ya! Saya tau ada ibu-ibu yang tak berkemampuan nak beli pam mahal-mahal. Tapi tak salah kalau kita belajar simpan RM20 sebulan selama setahun, dan boleh pakai pam yang sangat selesa. Just my 10cent worth!

Keburukan : nothing much to say...Sakit (untuk saya la ye)!



NOMBOR 10

Jenama : Rumble Tuff
Jenis : Double, manual/batt/AV operated
Kategori : Kegunaan Sederhana (Medium End)
Harga saya beli : RM330 (RRP : RM400++)

Teruja tengok pam di pasaran, saya beli dan guna sekali aje. Hehe...bolehla, cukupla untuk saya buat koleksi dan pengalaman yang saya kongsikan dengan semua.

Pam ni bagus, mirip Medela Freestyle. Cuma corong dia agak besar, saya nasihatkan sesiapa yang guna dan rasa macam kurang suction ataupun kurang production susu, cuba perhatikan saiz corong tu. Agak-agak kalau tak boleh fit, jangan kecewa. Agak-agak kalau tak banyak susu pun, jangan ingat susu takde. Cuba tukar corong/shield dia. Boleh jugak cuba guna corong Spectra3 dan botol Bumble Bee tu. Takpun, boleh juga guna personal fit by Pumpin Pal, InsyaAllah it will help.
Saya tak berminat nak guna sangat, sebab macam renyah aje parts dia nih.

Kebaikan : Handy dan ringan. Boleh bawak merata.

Keburukan : Banyak sangat parts, renyah nak assemble, bateri AA guna sampai 6 biji! Kuat makan bateri...phewwww


Ermmm...Rasanya sampai sini je kot pam yang saya pernah guna. Saya masih menunggu parcel Medela Harmony yang ketiga. Yang first saya dah jual, yang second Missing In Action, yang ketiga dalam perjalanan.

Dalam saya menulis ini, telah banyak pam pelbagai jenama dan rupa di pasaran sana. Ketika ini juga, keterujaan saya membeli pam sudah beransur kurang dan mungkin saya agak ketinggalan untuk mengejar pam-pam canggih ini. Tak terkejar dah rasanya sebab teknologi pam ni dah berkembang pesat sama macam pesatnya teknologi telefon bimbit dan gajet-gajet komunikasi yang lain.

Saya harap, serba sedikit penulisan yang berterabur ni dapat membantu ibu-ibu buat pemilihan tentang pam susu yang terbaik untuk diri anda. InsyaAllah, akan saya kongsikan pula ulasan saya tentang cara memilih pam yang sesuai dengan anda. 

Dalam masa yang sama, saya masih amalkan suplemen untuk ibu menyusu sejak hampir 3 tahun yang lepas tanpa henti. InsyaAllah badan lebih ringan dan bertenaga untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan berkualiti. Tapi hati-hati kalau anda hamil, elakkan pengambilan suplemen tertentu yang mungkin memudaratkan kesihatan ibu dan bayi ye! Boleh baca di sini.

Selamat menempuhi alam penyusuan yang sangat indah dan akan anda kenang sampai bila-bila!

Enjoy!

*****************************

Dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu melengkapkan penyusuan anda di sini.

Set Penyusuan E
Set Penyusuan B
Set Penyusuan Premium

Atau hubungi nombor di bawah untuk konsultasi eksklusif:
Linda
0129401604 / sihatdengansaya@gmail.com




CONVERSATION

2 comments:

ayuzan said...

thanks dear. betul2 bantu saya yg rancang nak full bf bayi coming soon.

Linda said...

Alhamdulillah!

Semoga perkongsian saya yang tak seberapa ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana membuat pilihan.

Terima kasih sudi singgah di blog saya ya!

Boleh juga dikongsikan dengan sahabat-sahabat anda.