Cara Nak Troubleshoot Medela Freestyle 'batt' Error

Ingat lagi tak saya pernah berkongsi tips memilih pam susu?
(klik di sini untuk membaca tips memilih pam susu terbaik)

Pernah juga terjadi kepada saya serta beberapa rakan yang lain apabila perkataan 'batt' sering terpapar di skrin Medela Freestyle. Bagi menjawab persoalan saudari yang bertanya, serta diharapkan dapat membantu rakan-rakan di luar sana, saya kongsikan serba sedikit langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Apa punca paparan 'batt' di pam tersebut?


Paparan 'batt' selalunya menandakan dua perkara iaitu:
1. Tiada bateri. Anda perlu mengecas sebelum menggunakan pam tersebut atau mengecas sambil mengepam.

2. Ralat pada pam. Walaupun anda telah cas berjam-jam lamanya, paparan tersebut masih ada dan tiada tanda-tanda bateri telah dicas. Cuba rujuk kaedah di bawah untuk memeperbetulkan pam anda.


Paparan 'batt' tidak hilang walaupun lepas dicas


Melalui pengalaman serta bantuan daripada pakar teknikal, anda disarankan untuk mengecas pam anda selama 24 jam. Sekiranya paparan 'batt' telah hilang, anda boleh gunakan seperti biasa.

Saya cuba letakkan kertas di bahagian bateri untuk ketatkannya


Eh! Jangan!!!
Anda tidak sepatutnya meletak sebarang objek di antara bateri dan klip pin tersebut kerana boleh menyebabkan ruangan tersebut lebih longgar.

Yang sepatutnya anda lakukan ialah cuba ketatkan bahagian bateri tersebut dengan menggunakan cara di bawah:
1. Keluarkan bateri.
2. Nampak besi dalam pam (klip pin), tarikkan sedikit ke atas.
3. Cara ini untuk membuatkan klip pin tersebut bersentuhan dengan bateri.
AWAS! Jangan tarik dengan kasar dikhuatiri akan menyebabkan besi tersebut patah!

Adakala, tempat yang memegang bateri jadi longgar. Maka, seandainya pam terjatuh atau bergoyang, boleh menyebabkan pam tersebut tidak bersentuhan dengan bateri. 

Sekadar panduan, cuba gunakan pam anda sehingga bateri betul-betul habis, dan cas selama 4 hingga 5 jam sehingga penuh. Elakkan cas semasa bateri masih separa penuh.

CONVERSATION

2 comments:

AMIIZAA said...

Salams Linda,

TQ sudi dtg blog kak mieja...

kak mieja support & bangga linda memperjuangkan BF :):)

Buah Kedondong said...

Salam Kak Mieja,

Terima kasih juga sebab berjaya jadi idola sehingga Linda berjaya susukan semua anak-anak selama mana mereka mahu.