RESIPI SIZZLING YEE MEE

Hari ni mood memasak ke laut sikit.
Maklumlah, awal Oktober, memang pulun sehabis-habisan menjual ESP murah bertong-tong.
Beli 6 dapat 7 weh!
Bukan senang nak dapat promo yang hebat macam ni.


Maka dengan rasminya, menu malam ini ialah sizzling yee mee yang gunakan lebihan sup kaki ayam semalam. Saya tak suka membazir, walaupun kaki ayamnya dah habis kena ratah, supnya masih boleh dihirup. Bolehlah tengok resipi saya di bawah ya.

Bahan-bahannya

4-5 tangkai cili kering (ikut kepedasan anda-digunting 1 inci)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
300gm isi ayam dipotong kecil
sedikit serbuk lada hitam kasar
3 sudu kicap mi atau kicap pekat
3 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air suam)
sedikit cendawan Shitake / Abalon
sedikit sayur sawi (saya celur brokoli dan campurkan kemudian)
sebiji telur setiap yee mee

Cara-caranya

1. Tumis cili kering, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan tunggu hingga masak.
3. Masukkan sos tiram dan kicap serta lada hitam.
4. Masukkan cendawan dan sayur.
5. Tambahkan sedikit air mengikut keperluan. (saya guna sup kaki ayam lebihan malam semalam)
6. Campurkan bancuhan tepung ubi tadi dan tunggu sehingga likat.
7. Pecahkan sebiji telur ke dalamnya dan curah ke atas yee mee di dalam pinggan.
8. Sedia dihidang!

Nikmati hidangan anda ketika masih panas kerana yee mee yang dah lembik agak kurang enak dimakan.

Malam nanti sebelum tidur jangan lupa bancuh ESP serta makan sebiji Vitamin E untuk kulit lebih sihat cantik dan mulus tau!

CONVERSATION

0 comments: