BOLEHKAH BAYI MINUM AIR MASAK?

Bayi yang menyusu badan tak perlu air masak langsung kerana 90% kandungan susu ibu adalah air, sebab itu susu ibu cepat hadam dan bayi kerap menyusu kebiasaannya.

Bayi yang minum susu formula, terpaksa diberi air masak sama ada dalam bancuhan atau disulam selepas minum susu. Ini kerana susu formula mengandungi bahan kimia terproses dan air masak diperlukan untuk menyingkirkan / mengeluarkan bahan kimia yang terkandung dalam badan bayi.


Bahaya air masak kepada bayi (tak kiralah sama ada bayi yang menyusu badan atau minum susu formula), ialah KETOKSINAN AIR. Air masak dikhuatiri mengandungi bakteria E Coli yang mampu mengakibatkan kematian kepada dewasa dan kanak-kanak. 

Air mineral juga tidak sepatutnya diberikan kepada bayi disebabkan kandungan mineral tinggi yang mampu merosakkan buah pinggang.

Kerana itu, ibu-ibu sangat disarankan berusaha untuk melengkapkan penyusuan kepada bayi anda dalam setahun pertama kelahirannya.

Oh ya, panduan dan kenyataan bertulis tentang TIDAK BOLEH BERI AIR MASAK kepada bayi menyusu badan di bawah 6 bulan, bukan dikeluarkan oleh mana-mana individu sebaliknya dari KEMENTERIAN KESIHATAN sendiri.

Ada sebabnya juga kenapa dulu panduan pemakanan bermula dari usia 4 bulan dan sekarang seluruh dunia di bawah saranan WHO telah melewatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi hanya bermula dari 6 bulan ke atas.

Lebih lewat bayi diperkenalkan dengan makanan asing, lebih bagus untuk pembentukan ususnya.

Kesihatan anak-anak pada dasarnya mungkin tak nampak kesan jangka pendek. Namun kesan jangka panjang yang perlu kita fikirkan dan harap jangan abaikan kesihatan anak-anak anda.

Perlukan konsultasi penyusuan?
Mahukan tips membanyakkan susu?
Ingin tambah susu badan dan tak tahu konsepnya?

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Linda 0129401604

CONVERSATION

0 comments: