Puting tenggelam punca gagal susukan bayi?

Soalan: puting saya tenggelam / kecil / leper, sebab itulah saya ak menyusukan bayi saya. Kesian dia takde puting untuk dihisap.

Puan-puan ibu-ibu yang sangat saya hormati.
Bayi tidak menghidap susu di puting anda malahan sebenarnya pastikan mulut bayi perlu melekap betul pada aerola.

Mindset menjadikan susu anda tiada. Seandainya masalah inverted nipple ini membuatkan anda meletakkan minda dengan kata-kata 
"Memang dah agak lepas kahwin dan ada anak nanti tak boleh nak susukan bayi" 
AWAS! ini punca sebenar anda telah gagal dalam penyusuan sebelum benar-benar menyusukan bayi anda..

Dan apabila anda tidak mampu memberikan susu secara terus kepada bayi anda, anda bertukar menjadi EP Mom sehinggakan anda fed up untuk pam siang malam pagi petang.

Tahukah anda bahawa ada ibu-ibu di sana yang langsung tiada susu, usaha pam juga meskipun hanya pam angin semata-mata nak berikan anak susu badannya?

Sahabat saya sendiri jadi EP mom selama 2 tahun. Bertabah ya puan! Saya pasti puan boleh jayakannya, dapatkan panduan penyusuan yang betul.

CONVERSATION

0 comments: