Semenjak perkongsian saya tentang kawal kemarahan kepada anak kecil melalui Cabaran 21 hari #MakTakMarahAnak dalam kelab Facebook Mak Tak Marah Anak, ramai yang email dan hantar mesej peribadi untuk berkongsi kisah ini.
Walaupun baru 3 hari saya berjaya menyahut cabaran ini, namun banyak kesannya terhadap diri sendiri dan anak-anak. Banyak juga info dan perkongsian hebat yang saya pelajari dalam kelab tersebut. InsyaAllah akan saya kongsikan punca kenapa anak-anak buat perangai, apa harus dibuat, serta banyak lagi perkongsian yang lain.
Ustaz Kazim Elias dalam ceramahnya ada menyarankan membaca Surah Yassin ayat 82. Bacaan seperti biasa sehingga lafaz "Kun" dan doalah agar anak tidak degil, disambung terus "Faya kun".
Anak-anak memerlukan perhatian, tambah-tambah jika mendapat adik baru dalam jarak yang dekat. Oleh itu, tidak hairanlah jika anak-anak ini sering dikatakan menyakat dan mengganggu adik kecilnya.
Anda harus sedia maklum, anak-anak yang sedang membesar SANGAT perlukan tidur yang cukup serta pola pemakanan yang betul. Pernahkah anda terdengar istilah hidden hunger iaitu kekurangan zat dan mineral dalam pemakanan kanak-kanak? Klik di sini untuk mengetahui kajian terkini tentang hidden hunger dan bahayanya terhadap tumbesaran kanak-kanak.
Saya perhatikan anak yang kedua saya sangat patuh pada jam biologinya. Setiap kali jam 2:30 petang, dia akan terlelap sendiri untuk tidur sebentar pada waktu petang. Kebiasaannya dia akan bangun di antara jam 4-5 petang.
Bagaimanapun, semenjak abang sulung suka menyakat adiknya, dia dah jarang tidur petang tetapi tidur awal sekitar jam 9 malam. Sekiranya waktu tidurnya terganggu, dia akan merengek meminta sesuatu yang kita sendiri pun tak faham!
Kesimpulannya, kekurangan sesuatu dalam kehidupan kanak-kanak membuatkan mereka TIDAK FOKUS seterusnya mengakibatkan tantrum terjadi.
LUANGKAN MASA bersama anak-anak dan sembunyikan gajet anda ketika bermain dengan mereka. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda meletakkan 100% perhatian anda terhadap mereka.
LENGKAPKAN keperluan mereka. Pastikan waktu tidur mereka yang cukup dan juga nutrien yang seimbang bagi mempastikan mereka boleh fokus dalam menerima arahan. Anda boleh merujuk SET KESIHATAN ANAK-ANAK yang direka khusus meningkatkan daya tumpuan serta meningkatkan kesihatan anak-anak anda.
BERIKAN PUJIAN kepada anak-anak anda serta pelukan setiap kali mereka melakukan kesilapan. Puji mereka atas sikap yang elok serta perbuatan yang membantu di rumah. Elakkan guna makian serta cacian terhadap anak-anak kerana dikhuatiri mengganggu emosi dan tumbesarannya.
ALIH PERHATIAN ketika dia sedang tantrum dengan menunjukkan kawasan persekitaran, memberinya mainan kegemaran atau memintanya membuat bunyi haiwan seperti kucing dan burung atau apa-apa yang menarik minatnya.
DOA. Usahakan untuk bangun setiap malam dan bertahajud serta tidak lupa mendoakan kesejahteraan anak-anak. InsyaAllah, sebaik-baik doa adalah doa seorang ibu yang redha.
Apa lagi?
Jom sahut Cabaran 21 Hari #MakTakMarahAnak bersama kami!

Kenapa Anak Tantrum?

Bagaimana Nak Buat Anak Fokus Dan Beri Perhatian?

0 comments:
Post a Comment