Survival Kit - Kit Kecemasan Bencana

Mengenangkan kejadian Puting Beliung yang semakin menjadi-jadi di Malaysia membuatkan saya takut kerana kita tidak diajar untuk bersedia menghadapi semua ini.

Pengalaman terperangkap di kawasan runtuhan di Bukit Antarabangsa pada tahun 2009 turut meninggalkan kesan hebat terhadap diri saya. Sesungguhnya saya masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Sehingga hari ini masih terngiang-ngiang bunyi runtuhan tanah yang berlaku sekitar jam 3-4 pagi dan laungan orang ramai yang memohon bantuan ketika itu.

Oleh itu, berdasarkan pembacaan dan perkongsian pengalaman, ingin saya kongsikan di sini antara keperluan ketika bencana yang WAJIB ADA di rumah anda.

Apa yang perlu ada di dalam Survival Kit anda?


Melalui sedikit bacaan ringkas yang saya lakukan, terdapat beberapa kategori yang diperlukan dalam sesuatu unit Survival Kit. Berikut adalah kompilasi yang telah saya ringkaskan untuk panduan bersama. Survival kit boleh mengandungi satu atau lebih barangan mengikut kategori yang dicadangkan di bawah:

PERLINDUNGAN
  • Bivi Bag - beg survival kalis air
  • Foil Blanket - membekalkan haba serta kalis air
  • Sleeping Bag -sekiranya ruang mencukupi
  • Khemah - sekiranya ruang mencukupi

PERALATAN
  • Multi-Tool - untuk menggunting dan membaiki peralatan
  • Pisau - dapatkan pisau yang tajam untuk memotong
  • Crowbar - untuk membuka pintu dan tingkap yang tersekat
  • Kapak / Gergaji Kecil - memotong kayu untuk membuat tempat tinggal atau kayu api
  • Cangkul Mini - menyangkul dan mengambus tanah

MAKANAN
  • MREs - 'Meal Ready to Eat' seperti makanan di dalam tin
  • Pek Survival -biskut kering, makanan segera, protein segera seperti ESP
  • Energy Tablets - makanan yang dapat memberi tenaga seperti Performance Drink

BAHAN BAKAR
  • Mancis - dapatkan yang weather proof untuk menyalakan kayu api
  • Lighter - dapatkan yang wind proof
  • Lilin - boleh digunakan untus mencetuskan api atau sebagai sumber cahaya
  • Flint - sebagai pencetus api dalam apa jua keadaan cuaca

AIR
  • Water Purification Tablets - kemungkinan berlakunya kontaminasi adalah sangat tinggi ketika bencana, boleh juga sediakan Mobile Water Pitcher 
  • Filtration Bottle treat almost any water
  • Bekas Air - bekas mengisi air yang boleh dilipat sangat digalakkan
  • Air Bersih - sebagai bekalan serta merta

PENCAHAYAAN
  • Head Torch - memudahkan kerja-kerja yang menggunakan kedua belah tangan
  • Hand Torch - sumber pencahayaan dan untuk memberi signal kecemasan
  • Light Sticks -Safety Glow Stick untuk kegunaan basah dan kering
  • Backup Torch - micro torch atau pen torch

PERALATAN MEMASAK
  • Mess Tins - untuk memasak makanan dan air
  • Aluminium Foil - sebagai alas ketika memasak
  • Pembuka Tin - sentiasa berguna dalam pelbagai keadaan
  • Sudu - kegunaan pelbagai

PERALATAN KECEMASAN
  • First Aid Kit - merawat luka dan keperluan asas
  • Burns Dressings - meredakan luka akibat lecur dan mengelakkan daripada melarat
  • Suction Pump - mengeluarkan bisa sengatan atau patukan binatang
  • Serbuk Haemostatic  - bertujuan menghentikan pendarahan yang melampau
  • Pembalut Luka / Plaster - Plaster atau kain pembalut
  • Penyembur Serangga - mengelakkan gigitan serangga dan meredakan kesan gigitan seperti Herbal Blend
  • Krim Pelindung - Sunscreen yang mempunyai SPF lebih tinggi dapat bertahan lebih lama

PERALATAN MEMBAIKPULIH
  • Pita Pelekat - pelbagai kegunaan
  • Cable Ties - untuk mengikat dan membaikpulih
  • Utility Cord - kegunaan am
  • Tali Tangsi / Tali Pancing - funtuk memancing atau menbaikpulih peralatan
  • Peralatan Menjahit - jarum dan benang serta magnet boleh bertindak sebagai alat navigasi

SUMBER TENAGA
  • Bateri - bateri alkaline AA atau AAA  
  • Bateri Litium - saiz AA (digunakan sewaktu cuaca sangat sejuk)
  • Emergency Charger - untuk mengecas telefon
  • Solar Charger - untuk mengecas bateri atau peranti lain

ALATAN NAVIGASI
  • Kompas - sebagai alat bantuan pemandu arah
  • Beacon - lampu kelip kalis air sebagai alat signal kecemasan
  • Wisel - dapatkan yang tidak mudah pecah
  • Cermin kecil - selalunya digunakan untuk perkhemahan
  • Peralatan Komunikasi Satelit - bertindak sebagai penjejak ataupun alat hubungan komunikasi

ALAT KOMUNIKASI
  • Radio -mendapatkan liputan terkini tentang situasi sebenar
  • Walkie-Talkie - alat komunikasi 
  • Telefon Satelit - sebagai peranti perhubungan

CONVERSATION

0 comments: