RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI

Jeruk Mangga Asam Boi memang tengah hangat di laman sosial. Sampaikan ada yang menjual sehingga RM30 untuk sebalang kecil! Yang paling murah setakat ini ialah RM5 untuk saiz tau fu fah. Daripada membazir wang anda begitu sahaja. apa kata kita buat sendiri sahaja!

Nak buatnya pun tak lama. Tempoh penyediaan hanyalah dalam 10 minit sahaja, Mudah kan! Nah, ini cara-cara membuat jeruk tersebut :-
kredit kepada group facebook Resipi Ringkas


Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan-bahannya


3-4 biji mangga muda (saya buat campuran mangga muda, kedondong, epal hijau, jambu batu)
asam boi warna putih
cili padi (letaklah mengikut kepedasan yang kita mahu)
1 sudu kecil garam
3-4 sudu besar gula
sedikit serbuk asam boi (jika mahu)

Cara-caranya


1. Potong mangga muda (buah-buahan lain)
2. Gaulkan semua bahan-bahan lain
3. Simpan di dalam peti ais
4. Sedia dimakan

AWAS!
*buah-buahan akan menjadi lembik dan mengecut selepas 2-3 hari
*elakkan pos jeruk buah-buahan ini dikhuatiri akan menjadi viral di Facebook tentang peniaga jual jeruk setengah balang dan tidak seperti dalam gambar! :)

CONVERSATION

0 comments: