RESIPI POPIA BASAH

Entri kali ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu cara-cara membuat kulit popia, inti popia serta sambal popia. Dah Encik Suami teringin nak makan, kita layankan aje ye :)

Bab rupa, no komen!
Tapi bab rasa, superb marvelous!
Neelofa lalu pun orang tak pandang weh!

Berkat resipi dari Pakcik Google, inilah hasil kejadian berperag di dapur ya.
Terimalah...

POPIA BASAH VERSI MAMA CACA MARBA


RESIPI KULIT POPIA

Bahan-bahannya


2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam


Cara membuatnya


1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
2. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
3. Ambil sejemput dan lengserkan ke atas kuali leper yang di panaskan dulu kemudian alihkan ketempat lain biarkan sekejap supaya pan tu kurang sikit panasnya.

4. Letakkan adunan dengan pusingan arah jam
5. Mulakan dari tepi iaitu bahagian luar dulu
6. Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
7. Setelah rata - bulat, letak balik pan atas dapur biarkan sampai tepung masak sebentar
8. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis-lapis (tak lekat)



RESIPI INTI POPIA


Bahan-bahannya


1 biij sengkuang - disagat halus (boleh juga ganti dengan kobis dan tauge)
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering (saya tambah sedikit isi ayam dihancurkan)
garam secukupnya
minyak untuk menumis


Cara membuatnya


1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi. 
3. Kemudian masukkan sos tiram dan garam. 
4. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.  


RESIPI SAMBAL POPIA


Bahan-bahannya


15 tangkai cili kering - digunting dan direbus, toskan
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya


Cara membuatnya

1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. 
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. 
3. Masukkan kicap dan gula perang 
4. Tambahkan garam dan perasa (ikut citarasa anda)



* ratakan kulit popia, letak sedikit sambal dan bawang goreng serta kacang tumbuk (jika mahu). letakkan inti dan balut.
** boleh juga dibalut menggunakan kulit popia segera dan dibekukan tetapi jangan diletak sambal di dalamnya 


Selamat Mencuba!


 

CONVERSATION

0 comments: