Saya terima banyak email, Whatsapp dan juga private message di Facebook tentang cara-cara nak banyakkan susu badan. Tak kurang juga saya lihat ibu-ibu yang mengalah dan membuat pilihan memberikan susu formula kepada bayi dengan perasaan yang amat sedih.
Ketahui bahaya memberikan susu formula kepada bayi di sini.
Ketahui bahaya memberikan susu formula kepada bayi di sini.
5 Cara Banyakkan Susu Badan
Sedikit perkongsian daripada saya tentang cara banyakkan susu.Langkah 1 Supply vs Demand
Kita ambil contoh pam tandasdi rumah. Cuba anda lihat, bila kita flush, air akan diisi semula ke dalamnya kan? Setiap kali kita flush, setiap kalilah air akan masuk semula ke dalam tangki dan sedia untuk flush lagi.
Kalau dalam sehari cuma sekali sahaja kita flush, air yg keluar tu hanya sekali tu sahaja kan?
Kalau kita flush banyak kali, banyak kali tak air tu keluar?
Analogi yang saya ambil daripada kisah pam tandas ini seperti berikut:
Air yang kena flush : susu yang dikeluarkan daripada badan (melalui hisapan bayi, perahan dan sebagainya)
Air yang kena flush : susu yang dikeluarkan daripada badan (melalui hisapan bayi, perahan dan sebagainya)
Pam tandas : ibarat payudara kita
Air yang masuk ke dalam tangki : susu yang dihasilkan
Langkah 2 Elak daripada terhidrat
Apabila badan kita tidak cukup air, organ akan dipaksa bekerja dengan lebih lagi. Secara tak langsung akan menyebabkan kita keletihan, jiwa dan emosi yang terganggu yang membuatkan pengeluaran susu badan yang tidak lancar.
Ada ibu-ibu yang mengeluh kerana tidak mampu minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong dalam sehari. Jangan risau sebab semua masalah akan ada penyelesaiannya. Mengikut pengalaman saya dan kawan-kawan, minum Performance Drink adalah paling berkesan! Tambahan pula dalam bulan puasa, dan diselang seli dengan Minuman Protein ESP serta Meal Shakes, hasilnya superb!Set Mighty Tripple Gem ini memang sangat sesuai untuk individu yang tak rajin minum air kosong. Diingatkan semula, air kosong dan bukan air manis ya!
Langkah 3 Elak minum air berais
Yang ini memang sangat tidak digalakkan! Kalau boleh, tinggalkan terus air berais. Air berais mengakibatkan perjalanan darah kurang lancar. Dah kalau tak lancar, bagaimana nak lancarkan? Senang sahaja! Minum air yang suam-suam kuku, atau nak lagi best, kita campurkan alfalfa yang telah dihancurkan dalam air dan minum sebelum sesi perahan pam.
Langkah 4 Jangan stress!
Sit back and relax.
Apabila anda sedang mengepam susu tu, cuba tarik nafas dalam-dalam. Enjoy your pumping session. Breathing rhythm yang stabil buat susu lebih lancar apabila badan lebih tenang, mood yang lebih terkawal dan secara tidak langsung merembeskan hormon-hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.
Sekiranya ibu-ibu yang masih tak mampu kawal emosi, sebaiknya amalkan pengambilan B-Complex yang mengandungi asid amino perlu dan mampu mengurangkan keresahan dan mengawal emosi kita.
Langkah 5 Terapi mandian
Sewaktuu mandi, cuba guna air pancuran yang suam dan halakan pada payudara anda. Biarkan air dipancurkan lebih kurang dalam 5-10 minit. Banyakkan stimulasi pada puting payudara, urut perlahan-lahan urat susu di bawah ketiak dan tarik ke arah payudara.Sekali sekala, urut belakang belikat tu, dalam 5 minit sehari pun dah memadai
InsyaAllah, setiap usaha yang kita lakukan akan mendapat balsan yang baik daripada Allah. Yang penting, kita harus terus mencuba selagi terdaya dan berserahlah kepada Allah Taala di atas apa yang telah kita usahakan.
Nantikan entri saya tentang 5 punca susu badan tak banyak ya!
0 comments:
Post a Comment