KAEDAH MUDAH UNTUK LIHAT GERHANA MATAHARI 2016

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan berada selari antara matahari dan bumi. Ianya bakal berlaku esok antara jam 7-9pagi.




Tahun sebelumya adalah pada tahun 1995. Waktu tu saya masih bersekolah di Ipoh.



Korang tau kan? Gerhana matahari ni tak boleh dilihat terus dengan menggunakan mata TANPA PERALATAN astronomi kerana dikhuatiri akan merosakkan retina mata.

So waktu sekolah dulu, kami yang ala-ala MacGyver ni, bawakla cermin mata hitam, negatif filem (zaman sekarang budak-budak tau ke mende alah ni?). Konon-konon boleh jadi perantara untuk kami tengok pada arah matahari.
*MASIH TIDAK DIGALAKKAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN YA!!!


Antara cara lain yang dapat korang gunakan untuk tengok gerhana matahari ni ialah dengan meletakkan takungan air, tak kira la baldi ke, gayung ke, besen ke janji boleh menakung air. Kalau dah tak ada sangat, simbah air atas simen lantai dan biarkan ia bertakung, atau letak air dalam longkang.


Lepas tu, korang pandanglah ke arah takungan air tersebut ok!

Selain merasai pengalaman gerhana matahari ini, jgn lupa untuk solat sunat gerhana esok dan kalau diberi kesempatan bolehlah dengar sekali kuliah yang banyak akan disampaikan esok. Mudah-mudahan dapat beri peringatan kepada kita semua tentang kekuasaan Allah swt.

CONVERSATION

0 comments: