RESIPI CHILLED DURIAN CHEESE CAKE

Resipi Chilled Durian Cheese Cake ni dikongsikan oleh sahabat saya Adda atau lebih disenangi dengan panggilan ibu. Memang sedap sangat kek yang dia masak tau! Kalau nak order pun boleh, self pickup di kawasan KLANG dan SHAH ALAM je.
Hubungi Adda : 0111 626 4616


RESIPI CHILLED DURIAN CHEESE CAKE


Bahan A (based):


125 gram butter
14 keping biskut digestive

Cara:


Cairkan butter dan hancurkan biskut.
Satukan kedua2 bahan bagi sebati kemudian ratakan kedalam loyang. Padat dan kemaskan guna sudu. Ketepikan.

Bahan B (filing):


250 gram cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 cawan whipping cream
250g isi durian
1 1/2 sudu besar gelatin halal
1/4 cawan air suam

Cara:


Kisar isi durian hingga halus.
Putar whipping cream hingga kental.Ketepikan.
Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan isi durian yang dikisar kedalam adunan cheese.
Masukkan whipping cream tadi kedalam adunan cheese.
Bancuh air suam dengan gelatin,kacau sebati.
Masukkan bancuhan gelatin kedalam adunan cheese gunakan spatula.
Tuang adunan kedalam loyang berisi biskut tadi.
Letak dalam peti sejuk hingga cheese keras.

Bahan C (topping)


3ulas durian(ambil isi sahaja)
1/2 cawan fresh milk
Sedikit pewarna kuning

Cara:


Masukkan semua bahan dalam blender dan blender hingga halus.
Masukkan dalam piping bag.

Simpan cheesecake didalam peti sejuk selama 6jam atau semalaman dan selepas kek keras baru drizzle topping durian tadi.

CONVERSATION

0 comments: