Waktu mula-mula susukan Muhammad Amirul, saya makan Domperidone setiap hari!
Sehinggalah saya sedar sendiri keburukan kebergantungan kepada ubat-ubatan sintetik.
Sampailah saya buat kajian sendiri tentang cara-cara membanyakkan susu.
Sampailah kawan-kawan panggil saya Breastfeeding Advocates, Alhamdulillah dah ramai yang saya bantu untuk jayakan penyusuan susu ibu ini.
Maka dengan itu, jom kita buka minda dan tambahkan pengetahuan tentang pengambilan Domperidone atau paling glamer dikenali sebagai Ubat Tambah Susu, Ubat Banyakkan Susu di kalangan mak-mak menyusu.
Apa itu Domperidone?
Domperidone
adalah sejenis bahan aktif dalam perubatan yang digunakan untuk merawat
gastrik atau sakit perut. Bagaimanapun, tindakbalas ubat tersebut
dipercayai boleh menggalakkan pengeluaran susu badan.
Apa kaitannya dengan Motilium?
Motilium
merupakan antara jenama bahan aktif (domperidone) ini dan bukanlah
ubatan terkawal yang mana boleh dibeli tanpa preskripsi di farmasi.
Apakah kesan sampingan pengambilan ubat ini?
Antara
kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh pengguna Motilium adalah
seperti pening, loya, insomnia, sakit kepala, merengsa atau gatal, mata
berkedip dan gementar.
Kegatalan juga boleh berlaku pada kulit, mata dan mengalami kelopak mata yang berkerak akibat lebihan cecair dalam mata.
Antara
kesan sampingan lain melibatkan perut yang kurang selesa, pedih ulu
hati, hilang selera makan, cirit birit ataupun sembelit.
Domperidone
dipercayai boleh meningkatkan tahap hormon prolaktin dan seterusnya
mengakibatkan payudara membesar, membengkak dan membanyakkan pengeluaran
susu serta haid yang tidak teratur.
Bagaimanapun
sekiranya pengguna mengalami simptom yang serius seperti degupan
jantung yang tidak sekata, kencing tidak normal, pembengkakan pada kaki,
tangan dan buku lali, sila rujuk kepada doktor pada kadar segera.
Baca selanjutnya 5 CARA BANYAKKAN SUSU BADAN DENGAN MUDAH
Berapa banyak pengambilan yang dibenarkan dalam sehari?
Domperidone
hanya dibenarkan diambil sebiji sahaja setiap 8 jam. Pengambilan yang
melebihi dos adalah merbahaya maka sentiasa rujuk kepada doktor sebelum
mengambil ubatan ini.
Informasi lain tentang domperidone (Motilium)
- penggunaan Domperidone sebagai penggalak susu diharamkan di Kanada walaupun telah menggunakannya selama hampir 20 tahun
-
June 2004, FDA telah meletakkan amaran kepada pengambilan domperidone
berlebihan disebabkan hasil kajiannya mendapati wujud kesan sampingan
pada jantung serta dikhuatiri boleh mengaktifkan tumor.
- pil
sintetik bukanlah kaedah utama untuk membanyakkan pengeluaran susu
badan, elakkan pengambilannya melainkan benar-benar perlu
Dah baca?
Masih rasa nak bergantung dengan Domperidone aje?
Atau nak yang lebih selamat, bertukarlah kepada suplemen untuk ibu-ibu yang menyusukan.
Jom dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami!
SUPLEMEN IBU MENYUSU
Hubungi 0129401604
Atau isikan borang pertanyaan/tempahan DI SINI
Anda juga boleh membuat pembelian terus melalui pembayaran kad kredit/kad debit DI SINI
0 comments:
Post a Comment