Last weekend saya berpeluang join Leadership Workshop kat PD.
Alhamdulillah, tahun ni dah 2 kali saya diberi peluang untuk join aktiviti macam ni.
Antara intipati yang saya nak kongsikan, dan bagus kiranya dikongsikan dengan para peniaga ialah, JANGAN SESEKALI UNDERESTIMATE pelanggan anda.
Pernah tak?
Dapat pelanggan tanya macam-macam, tapi sampai setahun tak beli-beli.
Dapat pelanggan asyik janji nak beli, sampai sudah tak nampak bayang.
Dapat pelanggan beria nak jadi ahli, tanya harga macam-macam, sudahnya beli dengan orang lain.
Pernah kan?
Tak kisah lah macam mana pun, sentiasa layan pelanggan anda dengan baik.
Doakan agar dia beli banyak-banyak dengan anda.
Doakan dia pun sama-sama berminat sampai rasa nak buat bisnes dengan anda.
Sentiasalah bersangka baik.
Siapa sangka, orang itulah yang satu hari nanti beli sampai ribuan ringgit.
Siapa sangka, orang itulah yang akan jadi sahabat baik sampai bila-bila.
Siapa sangka, nanti dia rekomen nama kita kat kawan-kawan yang lain.
Husnuzon.
InsyaAllah.
Rezeki Allah tak pernah salah alamat, melainkan anda tulis alamat yang salah.
#sharingiscaring
#bisnesdarirumah
#wahm
#nevergiveup
#sangkabaik
0 comments:
Post a Comment