Beli buku RM4, bayar guna duit RM100.
Nah amik belen duit oren 4 keping.
Ah sudah!
Masuk "tabung oren" la semua ni.
Rasa nak bagitau je adik tadi, soh bagi RM50 sekeping dan RM10 4 keping.
Ermm, ni sebenarnya sebahagian dari cara saya simpan duit.
Zaman kerja dulu, saya buat "tabung hijau", suami pulak suka simpan duit RM2. Selalunya recycle balik duit tu time raya 😅.
Semenjak saya join Shaklee, saya tanam azam, nak buat tabung oren, antara matlamat saya nak gi Glasgow tahun depan.
Beberapa bulan lepas, dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia atau Malaysia Hari Ini, tak pasti yang mana, ada sebut tentang perancangan kewangan bagi yang bekeluarga.
#1 simpan 10% dari pendapatan untuk wang simpanan
#2 simpan 10% dari pendapatan untuk wang kecemasan. Yang ni berbeza dari wang simpanan tau! Kecemasan ni bermaksud kalau sakit, kena buang kerja dan tiada punca pendapatan dan sebagainya.
#3 10% asingkan untuk derma dan sedekah. Jumpa tabung masjid, masukkan. Jumpa tabung maahad, masukkan. InsyaAllah, itu hak mereka walaupun masuk ke poket kita.
#4 10% untuk ibubapa, jangan kedekut, kerana dengan doa dan restu mereka la kita beroleh pendapatan yang halal.
#5 40% untuk perbelanjaan harian, pandai-pandaila asingkan untuk roadtax, tukar tayar dan sebagainya. Wujudkan tabung bulanan dari jumlah ini untuk korang belanjakan.
#6 20% untuk kepuasan diri. Haaa yang ni gunalah untuk gi spa ke, berurut ke, salun rambut ke, beli baju baru ke, melancong ke. Bukan tak boleh berbelanja, tapi bijaklah berbelanja tau!
Ada org kata, mana cukup 40% untuk tampung komitmen bulanan saya! Apa saya nak buat?
Jawapan saya; jangan besarkan jumlah percentage tersebut, tapi besarkan nilai yg anda dapat pada 100% itu. 2-3 kerja pun takpe, asalkan kerja yang halal dan mudah untuk anda tingkatkan pendapatan.
Dan atas sebab itu juga, pilihan saya adalah bisnes Shaklee.
Anda nak join saya?
#tsunamiShaklee
#star8
#financialmanagement
#uruswang
0 comments:
Post a Comment