SILENT CHEST; ANDA MUNGKIN TAK SEDAR

Waktu Haqeem masuk ICU Januari lepas, tipulah kalau saya kata tak sedih. Depan orang pun muka saya maintain macam tak ada apa-apa. Tak caya, cer tanya Azmir Zura camne saya react walaupun sedang diduga dgn situasi yang sangat dahsyat suatu masa dulu.

Walaupun buat muka selamba, hati ni libang libu la juga. Time tu merata tempat saya tanya untuk berikan yang terbaik untuk Haqeem. Mak mana yang tak sanggup berkorban? Mak saya sendiri pun lakukan lebih dari apa yang saya buat.

Lepas kumpul maklumat, saya rujuk pula dengan pakar kanak-kanak yang rawat Haqeem. Dia pun setuju untuk saya beri VIVIX dan OmegaGuard pada dos tertentu, bagi menguatkan paru-parunya dan elakkan dari berulang.

Lepas 2 bulan, Haqeem dah tak perlu follow up. Pemantauan je yang perlu saya buat jika situasi sama berulang kembali. OmegaGuard pun Haqeem masih ambil, VIVIX je kadang-kadang dia makan sbb dah tak kritikal lagi.

Ini apa yang terjadi pada Haqeem:
• batuk berterusan sehingga nampak dia sukar bernafas
• tiada wheezing, di jabatan kecemasan Hospital A mengatakan tidak serius, bukan athma, tiada keperluan untuk ambil nebulizer
• dada berombak, kesukaran bernafas dan bercakap
• dapatkan second opinion di Hospital B, tahap SPO2 dah jatuh di bawah 70, terus dimasukkan ke ICU
*situasi mungkin berbeza dengan individu yang lain.

Oleh itu, ibubapa juga perlu perhatikan betul-betul anak anda. Kalau rasa anak-anak nampak lain daripada biasa, rujuk terus pada yang pakar. Dan tak salah untuk dapatkan pelbagai pandangan dan pendapat sebab anda yang perlu buat keputusan.

Lagi satu yang nak sangat saya tekankan, KALAU TAK ADA WHEEZING, TAPI MASIH ADA TANDA-TANDA SUKAR BERNAFAS DSB, janganlah anggap perkara biasa sahaja. Macam yang disarankan paed Haqeem, boleh beli oxymeter untuk monitor tahap SPO2 anak ketika tidak sihat.


Semoga Haqeem terus sihat, kuat dan membesar dengan riang!
*nampak tak botol OmegaGuard yang Haqeem borong tu?

#tsunamiShaklee
#pts
#OmegaGuard
#VIVIX
#sihatdengansaya

CONVERSATION

0 comments: