Terimbas pulak zaman sekolah dulu. Tiap-tiap hari Jumaat akan ada perhimpunan umum. Waktu tu, pengawas bertugas akan kena baca Rukun Negara yang panjang lebar dari awal hingga akhir. Kena hafal tau! Bukan boleh baca kat belakang buku tu je.
Saat saya menulis, saya masih lagi hafal tiap-tiap patah perkataan dalam Rukun Negara ni. Tetiba gak rasa macam betul-betul menghayati setiap barisnya.
Saya Sayang Negara Saya, Malaysia!
Saya Sayang Sekolah Saya, Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun!
Nah, saya kongsikan kot-kot ada yang terlupa ya!
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
0 comments:
Post a Comment