Apa Itu Gagap?
Gagap ialah masalah pertuturan yang lumah dalam masyarakat. Mungkin disebabkan oleh hal itu juga maka masyarakat menganggap gagap sebagai satu takdir, lalu kurang memberikan perhatian terhadap punca gagap dan cara untuk mengatasi masalah gagap.Secara umumnya, gagap ialah keadaan yang dialami oleh seseorang yang mempunyai ciri-ciri seperti percakapan tersedu-sedu, terhenti-henti, ragu-ragu dan bercakap “melompat-lompat”. Gejala ini merupakan proses luar sedar yang membantut komunikasi biasa. Kerisauan atau kegelisahan yang dialami oleh pengidap akan meningkatkan lagi masalah tersebut.
Menurut Van Riper (1971), gagap ialah perlakuan yang berkait dengan corak perkataan yang tidak disusun mengikut ayat yang sesuai dengan reaksi penutur. Kamus Dewan (1994) pula mendefinisikan gagap sebagai tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap.
Walau apapun takrifan yang diberikan terhadap gagap, yang jelas, gagap melibatkan kecacatan seseorang itu apabila bercakap ataupun memproduksikan bahasa ketika bertutur.
Jenis-Jenis Gagap
Gagap boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu gagap normal dan gagap penyakit.Gagap Normal
Gagap normal boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama, gagap kerana gugup. Misalnya, apabila seseorang itu bercakap di khalayak ramai. individu yang tidak biasa bercakap di khalayak ramai, biasanya akan gemuruh. Kesannya, pertuturannya menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat. Punca gagap normal dijelaskan seperti yang berikut:- Gugup
- Kanak-kanak yang baru pandai bercakap
- Gaya disengajakan (bersifat sementara)
Selain gugup, gagap juga berlaku dalam
kalangan kanak-kanak yang sedang mengalami proses pembesaran, khususnya
kanak-kanak yang mula menguasai bahasa. Gagap seperti ini lama-kelamaan akan
hilang apabila apabila kanak-kanak itu meningkat dewasa.
Ada juga gagap yang dibuat-buat. Gagap seperti ini diklasifikasikan sebagai gagap normal. Gagap yang dibuat-buat seperti menghentikan percakapan semasa berucap dengn tujuan untuk mencari idea atau fakta untuk diperkatakan ada kalanya merupakan gaya penuturan seseorang itu. Gagap yang dibuat-buat oleh seseorang seperti menghentikan percakapan semasa berucap dengan tujuan untuk mencari idea atau fakta untuk diperkatakan ada kalanya merupakan gaya penuturan seseorang itu. Gagap yang dibuat-buat oleh seseorang penutur itu juga merupakan salah satu cara untuk menarik minat pendengar.

Gagap normal tidak menimbulkan masalah kepada seseorang penutur kerana gagap jenis ini bersifat sementara.
Gagap Penyakit bersambung di sini.
0 comments:
Post a Comment