Tahukah anda, sepanjang kehamilan kebiasaannya doktor akan menasihatkan ibu-ibu untuk mengambil suplemen atau makanan tambahan supaya mendapat kesihatan yang optimum?
Tak kiralah jenama apa sekalipun, kehamilan sihat biasanya memerlukan Folic Acid, Vitamin C, Multivitamin, Minyak Ikan, Kalsium dan Protein yang mencukupi bagi meransang tumbesaran janin.
Bukanlah pulak kata wajib makan suplemen ya. Tapi faham-faham lah hormon orang hamil ni. Nak makan pun memilih. Kadang-kadang tak lalu kat tekak. Saya sendiri pun makan Maggi Asam Laksa dengan Epal Hijau je setiap hari waktu mengandungkan Muhammad Amirul dulu. Bukan tak nak makan, tapi memang tak boleh makan makanan lain. Nasi putih tu pun nampak macam maggot je ya!
Eh, habis tu kalau ibu-ibu yang tak cukup makanan tu macam mana pula? Sihat ke anak yang dikandungnya? Elokkah tumbesarannya? Ye benar, ada di antara kita kurang bernasib baik dari segi mendapatkan makanan yang berkhasiat. Namun sebagai ibubapa yang prihatin, kita mampu belanjakan wang yang kita ada untuk handbag mahal, telefon pintar yang high spec, sport rim, mekap dan banyak lagi. Apalah salahnya kita menyimpan sedikit untuk kesihatan ibu dan zuriat kita sendiri? Maklumlah, orang kata lagi besar periuk, lagi besar keraknya. Bila berduit, cuba lihat pula corak pemakanan kita yang gemar pada fast food, makanan luar, makanan ringan dan sebagainya. Bagi yang kurang berkemampuan, apa salahnya sebagai saudara kita sendiri, bantu mereka dalam melalui tempoh kehamilan dengan gembira.
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan ibu hamil mendapat makanan yang berkhasiat, disarankan ambil makanan tambahan. Pilihan suplemen ini sebolehnya ambil dari produk yang selamat, ada kajian terperinci, bukan sintetik, organik, mudah larut supaya tidak pula memudaratkan diri.
Bila makanan kita jadi tak seimbang, secara tak langsung tubuh kita tak mendapat nutrisi yang secukupnya. Ibu hamil sangat perlukan kalsium. Kata mudahnya, janin dalam rahim sedang mengambil kalsium dalam tubuh ibu, kerana itu tak hairanlah ramai ibu hamil sering mengalami kebas dan kejang kaki, sakit gigi, tak boleh tidur, sembelit dan sebagainya. Cuba cek, anda pernah lalui tak semua ni?
Seperkara lagi yang perlu kita fikirkan, ibu hamil bukan sahaja perlu sihat ketika hamil. Namun perlunya kesihatan dan tenaga berpanjangan ketika berpantang bagi memudahkan ibu menjaga bayi, menyusukan serta memulihkan semula kesihatan dirinya.
Di Shaklee, pakar pemakanan turut bersetuju dengan pandangan doktor malahan mereka juga telah menggabungkan keperluan ibu hamil sebagai salah satu set penjagaan dalam rangkaian produknya. Set prenatal dan postnatal dari Shaklee bukanlah direka oleh para pengedar sendiri. Namun ianya telah melalui pelbagai kajian dan pendapat dari pakar-pakar perubatan dan pemakanan.
Oleh itu, bukan menjadi omong kosong atau sekadar taktik pengedar di Shaklee untuk mempromosikan set ini.
InsyaAllah, pemilihan produk yang betul serta konsultasi dengan pengedar anda, dapat memberikan kesan terbaik dalam hidup anda.
Ambillah suplemen anda dengan pengetahuan, bukannya dengan ikutan.
Paling penting, belilah dari pengedar yang bertauliah, berilmu dan mampu beri konsultasi kepada anda.
Linda
Menyokong kehamilan sihat serta penyusuan eksklusif.
Hubungi saya untuk mengetahui set pranatal dan set postnatal ini.
0 comments:
Post a Comment