Gembiranya nak basuh baju di HappyWash, self-service laundry di Pandan Indah. Kalau korang tahu kat mana kedai makan Steven Corner, korang carilah kedai ni yang terletak tak jauh dari kedai makan tersebut.
Sewaktu perniagaan dobi layan diri ni baru mencanak naik di KL dan Selangor, HappyWash bukanlah antara kedai terawal yang saya jumpa di kawasan Pandan Indah. Sebelum ni saya selalu berkunjung ke dobi layan diri di Ampang Avenue. Bagaimanapun, selepas kes duit kena telan sampai RM10, dan mesej serta panggilan saya terhadap pengusaha tersebut tak pernah berbalas (walaupun saya nampak blue tick di sana), tobat lahum dah saya tak mahu berdobi di sana.
HappyWash bagi saya sebenarnya lebih selesa, parkir pun mudah, ambience yang menyeronokkan, ada audio dengan lagu terkini, tempat lepak yang best tak lupa juga ruang kanak-kanak yang tolong temankan mak ayah mendobi ni. Maklumlah, nak menunggu bukan sekejap. Mulalah bosan budak-budak ni nanti kan?
Kalau yang berniaga online, waktu macam ni pun tak perlu disiakan sebab anda boleh menggunakan wifi berkelajuan tinggi secara percuma di dalam ni. Tambahan pula ada ruang menunggu, kerusi meja yang selesa untuk anda buat kerja serta air minuman turut disediakan sekiranya anda malas nak cari kedai berdekatan.
Lebih membahagiakan saya apabila hari ini saya disambut dengan banner "Minggu Penghargaan Pelanggan". Wah! Ada promosi cuci baju dengan harga sangat murah! Promosi ini hanya sah untuk cucian air sejuk sahaja tau. Jangan pula nanti korang pilih air panas, lepas tu komen kenapa tak dapat harga promosi.
Untuk kali ni, saya nak cuci cadar, mattress protector, comforter, sarung bantal dan pillow protector. Kalau nak cuci kat rumah, rasanya washing machine saya menitik air mata darah merayu jangan gunakan dia. Berat oi! Untung guna kat dobi ni, mesin dia industrial grade, heavy duty. Tapi tak bermakna korang boleh cuci carpet, alas kaki, binatang peliharaan dan kasut sekolah dalam ni pula. Hormatlah sikit pengguna seterusnya ya!
Punyalah seronok sampai lupa nak bawa sabun dan pelembut GetClean dari Shaklee. Tak perlu risau, sebab kat HappyWah ni memang happy sangat. Ada sabun dan pelembut percuma yang disediakan untuk cucian anda. Macam kali ni, saya guna mesin 28kg dengan pelembut Mystique. Best kan? Cuma RM6 je nak basuh semua ni.
Sambil saya tunggu anak-anak di kelas Taekwondo, saya mendobi sekejap. Dan sambil mendobi, sempat juga saya habiskan satu entri pada petang ini.
Oklah. Baju pun dah siap basuh. Saya nak keringkan pula lepas ni. Harga untuk keringkan baju ialah RM4 dan sekiranya anda perlukan waktu tambahan, hanya tambah RM0.50 untuk setiap 3 minit. Waktu keringkan baju tu, korang boleh buka dryer dan cek kalau ada baju yang dah kering, bolehlah dikeluarkan ya.
Jumpa lagi ya kawan-kawan. Kalau tersinggah di HappyWash ni, jangan lupa roger saya. Mana tau nak COD produk Shaklee, kat sini pun best juga. Sambil dobi, sambil kita explain pasal produk nanti. Kalau nak coaching kat sini pun boleh tau!
Coretan petang hari.
Linda
0 comments:
Post a Comment