Assalamualaikum selamat pagi.
Muhammad dah start sekolah.
Haqeem baru nak siap ke sekolah.
Siapkan barang-barang untuk beg Muhammad malam tadi.
Dah asingkan keperluan yang cikgu minta dalam kelas.
Buku No 9, 3 unit.
Hihi. Lama dah tak guna buku ada nombor-nombor ni.
Dalam gambar ni pulak, Buku Perancangan Komunikasi. Kalau kat CIC dan Little Caliph dulu, guna buku biasa je, nanti cikgu tulis atau tampal nota sekiranya ada maklumat yang parents perlu tahu. La ni canggih dah. Ada buku macam ni bagus, ada nota kerja rumah anak, ada nota cikgu dan banyak lagi.
Sekali pandang, dah macam jurnal atau planner. Anak-anak ni dah diajar tentang perancangan dari kecil.
"Fail to plan means you plan to fail"
Semalam jugak ada prospek whatsapp, dia plan nak serius bisnes Shaklee. Menjadi surirumah bukan bermakna dia tak boleh berbisnes. Saya terima sesiapa sahaja yang nak berbisnes asalkan dia sendiri yang nak ubah masa depannya.
Eh tak takut ke Shaklee dah nak jatuh disebabkan propa semua tu?
Jatuh ke?
Cuba cek, memang setiap tahun akan ada isu buruk tentang Shaklee. Namun pengguna yang dah biasa makan, yang konsisten makan, yang nampak sendiri perubahan, diorang lebih tahu.
Jadi kalau yang nak komen acah-acah hebat, tapi sikit pun tak pernah try (ataupun dia beli kat Lazada nak harga murah je, sudahnya tak dapat konsultasi yang betul), tak payah la korang amik port sangat.
Saya bermula di Shaklee sebab saya hanya pengguna. Tak terfikir pun nak berniaga pada asalnya. Bila makan, orang tegur, "eh, apsal nampak kurus?". Bila nak amik uniform kerja, eh kenapa saiz dah berubah?
Tanpa saya sedar, saya sendiri alami perubahan positif dalam hidup saya. Belum lagi orang sekeliling saya yang turut rasa perubahannya.
*Vitamin B-Complex Shaklee dah tak dikenakan GST, selaras dengan halatuju KKM untuk elakkan stress teruk di kalangan rakyat Malaysia.
Wait!
Vitamin Shaklee bukan ubat ya!
Vitamin, dah namanya vitamin. Ada orang ingat vitamin tu sama macam ubat.
Ubat, bila sakit.
Vitamin, elak sakit, kurangkan risiko penyakit, bantu pemulihan penyakit.
Korang nampak dinding rumah yang tobek-tobek simennya, korang amik simen baru dan tepek balik kat dinding tu. Nampak la macam baru kan? Nak cantik, tambah la cat sikit. Macam tu la jugak vitamin ni, dia cukupkan keperluan badan, lepas badan tu tak rompong keperluan nutrisinya, dia bagi value added mengikut fungsi vitamin tersebut.
Saya plan untuk sihat walaupun meningkat tua nanti.
Saya plan untuk debt free life di masa akan datang nanti.
Anda?
Apa plan anda?
Kalau nak sama-sama merancang kejayaan dengan saya, saya sudi membimbing anda.
*twin marker pen jenama Pilot ni memang sesuai mak-mak simpan untuk kegunaan barang sekolah anak. Tq mami Hadhatina Mkb yang hadiahkan pen ni kat saya. Sangat-sangat membantu bila bukak musim persekolahan. Nampak cantik je bila nak tulis nama anak.
0 comments:
Post a Comment