Set Detox Shaklee

Set Detox Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex, Herb-Lax dan DTX Complex. Individu yang mendapati tubuh mereka mengandungi banyak toksin serta berat badan yang semakin meningkat dan sukar turun, dinasihatkan perlu jalani proses detox ini secara perlahan-lahan dan teratur.
Alfalfa Complex ~ agen detox seluruh tubuh. Ia membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol jahat, memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko strok. Alfalfa juga bertindak untuk mencuci hati, darah dan usus disampingkan membersihkan toksin dari badan. Selain itu Alfalfa ini boleh menghilangkan masalah bau badan yang biasanya disebabkan oleh toksin yang banyak pada tubuh. Pengambilan Alfalfa Complex mestilah disertakan dengan air kosong yang banyak untuk memudahkan proses penyingkiran bahan kumuh.

Herb-Lax ~ merupakan agen detox yang kedua. Iaitu ia menggalakkan pembersihan usus secara lembut, ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan. Herb-Lax boleh membantu masalah sembelit, di mana ia adalah berpunca dari najis yang sudah tersimpan lama di dalam tubuh. Individu yang mengalami masalah perut buncit juga digalakkan untuk mengambil Herb-Lax, dengan aturan yang betul inshaAllah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

DTX Complex ~ Ini pula adalah agen detoksifikasi untuk hati. Ia melindungi hati daripada toksin, racun dan bahan kimia. Kandungan toksin yang banyak pada tubuh boleh mengganggu kadar penyerapan nutrien pada tubuh, DTX Complex membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi. DTX Complex juga mampu memperlahankan pembentukan toksin. Kepada individu yang ada masalah sembelit juga boleh mengambil DTX Complex sebagai ikhtiar kerana ia bertindak sebagai julap lembut.

CONVERSATION

0 comments: