Cadangan Untuk Pelajar UITM Masak Sendiri - Goreng telur guna seterika

Setelah GST mula dilaksanakan awal April 2015, rata-rata mengambil langkah penjimatan bagi megelakkan bebanan kewangan terutamanya pelajar UITM yang disarankan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan untuk memasak sendiri bagi mengelakkan GST.

Kalau nak diikutkan, zaman saya belajar di UTM dulu pun selalu je kami memasak dalam hostel (saya sedar saya langgar peraturan, nak berjimat punya hal...). Antara kaedah selalu kami buat ialah memasak guna periuk nasi. Macam-macam yang kami masak termasuk rendang, pasta, nasi lemak, lauk pauk dan banyak lagilah!

Yang paling best ialah skil menggoreng telur dengan menggunakan seterika! Tak percaya? SIla percaya sebab saya dah biasa buat dulu. Telur mata kobau lagi tau!

Erm..jom saya kongsikan cara-cara nak menggoreng telur dengan seterika ni.
Ni rahsia skill yang paling penting tau..hehe

1. Pecah telur dalam mangkuk
2. Panaskan iron, pegang sambil halakan bahagian besi ke atas
3. Letak butter sikit
4. Lenggangkan iron ke kiri dan ke kanan untuk ratakan butter
5. Letak telur perlahan-lahan, pastikan dia keras sikit-sikit. Jangan letak semua sekali tau, nanti tumpah!
6. Bila dia start masak sikit-sikit tu, biarkan kejap.
7. Angkat-angkat sikit dengan sudip atau sudu utk elak hangus.
*Nak kuning keras, biar lama
*Nak telur mata, angkat je bila dah agak-agak masak

Taraaaaaa!
Siap utk dimakan!

Maka untuk adik-adik UITM yang kena masak sendiri tu, bolehlah praktis teknik ni tau!

CONVERSATION

0 comments: